بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina Muhammad , wa 'ala alihi wa sohbihi wa baraka wasallam. Amma Ba'du,
Alhamdulillah, kita berkumpul bersama-sama, berkat Allah S.W.T. yang menginginkan kepada kita kebaikan. Allah menjadikan beberapa daripada makhluk Allah S.W.T , Allah khususkan kepada mereka untuk menempati syurgaNya Allah S.W.T. Bagi mereka, Allah S.W.T. mudahkan jalan kepada mereka untuk ke syurga. Akan tetapi, ada sebahagian dari mereka, Allah S.W.T. inginkan mereka jauh menuju syurga. Ada sebahagian manusia lagi, Allah mendekatkan mereka bagaimana cara untuk menuju syurga dan kita termasuk orang-orang yang in syaa Allah Allah jadikan orang-orang yg mampu melihat pandangan mati hati kita bagaimana cara untuk menuju ke jalan syurga Allah S.W.T.
، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
''من يريد الله به خيرا, يفقهه في الدين''
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa Allah menginginkan kepadanya akan kebaikan, Allah akan permudahkan jalannya untuk menuntut ilmu (agama).''
kata ulama, '' Jika Allah S.W.T. tidak inginkan kebaikan baginya, maka Allah S.W.T. akan sulitkan untuk dia menuntut ilmu agama.''
Allah S.W.T memuliakan kita untuk menjadi toolibul ilmi yakni penuntut ilmu agama. Penuntut ilmu agama adalah darjat yg syaraf, yg sgt mulia, yg agung, yg sgt hebat. Itu ilmu agama secara umumnya. Terlebih ilmu agama yg dipelajari disini ialah ilmu tauhid dan ilmu fiqh.
kenapa perlu mempelajari ilmu tauhid dan feqah?
ilmu tauhid - bagaimana cara engkau mengenal Allah S.W.T.
ilmu feqah - (syariah islamiah) bagaimana cara kita menyembah Allah S.W.T.
kalau tadi kita sudah belajar mengenal Allah S.W.T., tetapi sekarang kita sudah tahu bagaimana cara untuk kita menyembah Allah S.W.T. Ini adalah perintah daripada Rasulullah S.A.W.
didalam hadis yg terkenal, dari hadis Jibril. Malaikat Jibril dtg kepada Rasulullah S.A.W. Apa yang diperintahkan oleh Allah? Jawab Malaikat Jibril, Ada tiga hal, yaitu yg pertama ialah iman, yg kedua ialah islam, yg ketiga ihsan. Kita sudah mengetahui hadis ini. Kemudian dijawab oleh Rasulullah S.A.W,
Iman - tauhid
Islam - fiqh
Ihsan - tauhid + fiqh
Ada dua maqam
1- Maqam ma'iya - orang yang selalu sahaja bersama dengan Allah. Maqamnya tinggi disisi Allah S.W.T.
2- Maqam muroqabah - orang yang selalu merasa Allah S.W.T melihat dia. Dia sedang berlaku taat kerana dia yakin Allah S.W.T sentiasa melihatnya, dia mencegah kemungkaran kerana dia yakin Allah S,W,T sentiasa melihatnya.
Dua hal ini tidak akan dapat sekiranya tiada mendapat ilmu iman dan ilmu islam. Jika dua hal ini telah Allah berikan, maka sekarang Allah ingin bukti dari kita semua, ''Apakah ada juhud yakni ijtihad ,usaha dlm diri saya sendiri sehingga saya bisa menjadi orang yang hebat sehingga menjadi qurratu 'ain Rasulullah S.A.W.
Setiap kebaikan yang kita lakukan, Rasulullah S.A.W akan memuji kepada Allah S.W.T. Jika umatnya melakukan maksiat, Baginda S.A.W. akan memohon istighfar untuk hamba-Nya.
Seorang syeikh bermimpikan Rasulullah S.A.W. yg mana keadaan Rasulullah S.A.W. pada ketika itu sedang berjalan dengan cepat sekali. Dia bertanya kenapa berjalan cepat seperti itu, lantas dijawab Baginda S.A.W, ''Aku mahu hadir dalam majlis ilmu.''
Orang yang menuntut ilmu tidak akan mati kelaparan. Jika seseorang itu berniat untuk hadir dalam majlis ilmu, Allah pasti akan membantu.
Sesungguhnya ketika ingin berjaya dalam menuntut ilmu, ada 4 hal yang perlu kita ikuti,
1- niat yang baik
2- juhdun [bersungguh-sungguh]
3- as-sobur [bersabar]
4- husnu zhon kpd guru.
=NIAT YANG BAIK=
-Tidak sah ibadah seseorang kecuali bersama niat. Apakah kehebatan niat itu. Jika seseorang itu berniat, dia akan fokus kpd niat. Siapa yang niat untuk berbuat kebaikan, dia tetap diberi pahala walaupun belum dilakukan. Berjaga-jaga dalam berniat.
Habib Ahmad bin Hassan Al -Attas, beliau pernah ziarah seorang ulama' di kota Tarim bersama anak muridnya. Ketika mahu masuk ke tempat ziarah tersebut, beliau berkata kepada murid-muridnya, ''Jangan ada satu diantara kamupun yang berniat.'' Biasanya kita dapat perintah untuk memperbanyakkan niat, kali ini Habib Ahmad bin Hassan Al Attas mengatakan, ''Jangan ada yang berniat sama sekali.''Kami berniat sebagaimana apa yang diniatkan oleh Al Habib Ahmad bin Hassan Al Attas.'' Kenapa? Kerana Allah buka pintu taufiq kepadanya untuk banyak berniat.
=JUHDUN [bersungguh-sungguh]
-Juga jika seseorang itu mempunyai sifat juhdun, maka dia akan semangat dalam menuntut ilmu. Imam Ahmad bin Hanbal masih tetap mahu menuntut ilmu walaupun sudah dalam keadaan uzur.
=AS-SOBUR [bersabar]
-Sabar dalam ketaatan
-Sabar dalam meninggalkan maksiat
-Sabar dalam menuntut ilmu
=HUSNU ZHON KPD GURU
-Habib Ali Al Habsyie bercerita, ''Ada seorang hamba Allah yang ingin menjadi seorang yang baik dan dia ingin belajar seorang agama. Akhirnya dia cari seorang guru, tapi belum ditemui. Sampai suatu saat, dikatakan bahawa sesungguhnya, ''Ada seorang guru yang taat pada agama dan dia seorang waliyullah dan engkau belajar dengan dia saja.'' Lalu dia pun bertemu dengan guru itu. ''Wahai guru, aku ingin belajar dengan engkau. Saya ingin berkhidmat untuk guru.'' Lantas guru itu berkata, ''Baiklah, berkhidmat untukku.'' Lalu dijawab lelaki itu, ''Baiklah, apapun yang engkau perintahkan, akanku lakukan.'' Gurunya berkata, ''Kalau begitu, kamu pergi ke kampung sebelah, di situ ada tanahku, kamu pergi uruskannya. Uruskan kebun dan bekerja disitu. Jangan belajar dulu, kau bekerja je jangan belajar.'' Maka lelaki itu hanya mengiyakan saja.
Tetapi sebenarnya, ternyata gurunya itu seorang ahli maksiat. Malah, yang anehnya pakaiannya serba ulama' ,tetapi dia ahli maksiat kepada Allah S.W.T. Di pagi hari, dia mengajar, dia berpura-pura menjadi baik, di malam hari, dia sewa satu rumah, dan disitu terdapat perempuan-perempuan nakal , dan disitu ada minuman keras. Sampaikan pada suatu hari, lelaki itu mahu mencari gurunya. Dia diberitahu bahawa gurunya berada di sebuah rumah. Dia tidak tahu dirumah itu penuh maksiat.
Dia memberi salam, ''Assalamualaikum.'' Di rumah itu hanyalah orang yang membuat maksiat dan tidak sama sekali berbuat ketaatan. Orang yang berada di situ berkata, ''Siapa diluar?'' Jawab lelaki itu, ''Abdul Majid''. Lalu orang itu berkata, "Sebentar, saya panggil bos saya."
"Bos ada orang namanya Abdul Majid." Lalu bos dia menjawab, "Ok silakan dia masuk." Kenapa? kerana ada juga temannya yang bernama Abdul Majid juga, yang sama-sama tukang maksiat. Dia masuk saja, terus ternampak wanita-wanita nakal , minuman-minuman keras. Dia menutup matanya, lalu pergi ke arah gurunya sambil berkata, ''Wahai guruku, ku ingin belajar denganmu.''
Akhirnya dia diberi ilmu ladunni oleh Allah kerana dia selalu taat kepada Allah. Dia diberi ilmu ladunni kerana dia kuat berhusnu zhon kepada gurunya.
Ada dua hal yang hebat,
-Husnu zhon kepada Allah
-Husnu zhon kepada hamba Allah
Menuntut ilmu mesti mempunyai sifat tawaduk.