بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina muhammad, wa 'ala alihi wa sohbihi wa baraka wasallam. Amma Ba'du,
Allah S.W.T telah menggerakkan hati kita untuk menghadiri majlis ilmu. Mencintai Rasulullah dengan mengetahui kisah baginda Rasulullah S.A.W. Jika Allah tidak utus Rasulullah, pasti tidak akan berlaku israk dan mikraj, pasti tidak akan ada sesiapa yang menyembah Allah. Hidayah Allah diturunkan dengan berkat Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W sangat mencintai umatnya. Ketika Rasulullah bersama dengan para sahabat, Rasulullah berkata, "Mereka adalah ikhwanku." Para sahabat berkata, "Bukankah kami sahabat baginda?" Rasulullah menjawab, "Ikhwanku ialah orang yang hidup sesudahku, tidak pernah melihatku, tapi sangat mencintaiku."
Seseorang yang mencintai Rasulullah, lalu dia diberi petunjuk oleh Allah, mustahil dia diazab di neraka.
Abu Lahab gembira dengan kelahiran Rasulullah S.A.W. Pada ketika itu, Abu Lahab tidak mengetahui bahawa Rasulullah S.A.W akan menjadi utusan Allah. Oleh kerana, Abu Lahab diringankan siksaan di neraka setiap hari isnin.
Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang mengagungkan kelahiranku, maka wajib ke atasnya syafaat daripadaku."
Para sahabat memuji Rasulullah S.A.W. didalam masjid. Hassan bin Thabit, selepas Rasulullah S.A.W. wafat, beliau masuk ke masjid lalu memuji Rasulullah S.A.W. Sayyidina Umar bin Al Khottob melihat perbuatannya sambil bertanya, "Apa yang sedang kau lakukan wahai Hassan?" Hassan menjawab, "Aku sedang memuji Rasulullah S.A.W." Lalu sayyidina Umar memanggil para Sahabat yang lain dan kemudian duduk bersama-sama dengan Hassan.
Para sahabat mendapat kelulusan daripada 'madrasah' Rasulullah S.A.W. Apa mereka ambil ibrah, semuanya dtg dari Rasulullah S.A.W.
Jangan malas untuk tidak hadir dalam majlis ilmu. Sesudah majlis ilmu berakhir, malaikat akan mendoakan kita.
Penulis,
Ummu Ja'far
(Editor Malaysia Cinta Rasul)
No comments:
Post a Comment