"sebarkan sayap dakwah menuju Allah"

MISI - "Sebarkan sayap DAKWAH menuju ALLAH"

VISI - "Menjadikan MCR sebagai satu platform bagi menyebarkan dakwah, menggapai redha Allah dan cinta Rasul, serta membentuk anak cucu yang mengenal Allah dan Rasulullah."

Thursday, 19 February 2015

Kenapa Begini Kenapa Begitu

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WABARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,



Kenapa sebahagian ada yang membezakan ada Habib ada bukan, ada keturunan nabi dan semisalnya. kenapa selalu dibezakan ya Habib.

Kenapa selalu membezakan.

Manusia tidak akan pernah selalu puas akan apa yang diberikan Allah kepadanya..

Bahkan nabi Musapun yang sudah diangkat menjadi nabi ingin menjadi ummat nabi Muhammad, jadi wajar sahaja jika engkau menginginkan sesuatu yang lebih, namun kau harus tau rasa syukur akan nikmat Allah kepadamu begitu hebat.

Tersenyumlah....
Lalu syukurilah apa yang telah Allah berikan kepadamu.

Engkau telah diberi Allah nikmat yang luar biasa hebat.

Engkau menjadi islam
Engkau beriman
Engkau manusia
Engkau ummat nabi Muhammad
Engkau mejadi orang yang dekat dengan ahlulbait

Banyak diluar sana manusia yang tidak beriman
Banyak diluar sana manusia yang belum diberi islam
Banyak diluar sana manusia yang serba kekurangan
Banyak diluar sana yang tidak mempercayai adanya ahlulbait.
Banyak diluar sana orang kafir orang sesat dan yang berpaling dari jalan yang benar..

Pemberian nasab itu dari Allah dan bukan pilihan manusia itu sendiri,

Dan engkaupun dijadikan ummat nabi Muhammad bukan kerana pilihanmu namun Allah lah yang memuliakanmu.

Jika semua orang tidak puas akan apa yang telah dituliskan Allah baginya maka dia selalu akan hidup dalam keadaan hati yang tidak akan tenang. ..

Kau hebat saudaraku,,
Kau ciptaan Allah yang sempurna,,

AL HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ALWI AL KAFF
-Pembimbing Malaysia Cinta Rasul, Brunei Cinta Rasul, Indonesia Cinta Rasul

Thursday, 12 February 2015

Kisah Teladan - Sayyidina Uwais Al Qarni

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WABARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,



Saidina Uwais Al Qarni adalah seorang tabi'in dan beliau seorang sebaik-baik tabi'in , sebagaimana diucapkan oleh Rasulullah SAW. Beliau hidup di zaman Rasulullah , akan tetapi tidak termasuk dalam sahabat nabi. Kenapa, kerana beliau tidak sempat berjumpa dan duduk bersama dengan Rasulullah SAW. 

Rasulullah pernah berpesan bahawa sesungguhnya, ''Sebaik-baik tabi'in atau mereka yang mengajar kepada sahabat adalah seorang yang bernama Uwais.''

Rasulullah SAW tidak mengatakan itu sahaja, malah Rasulullah menyebutkan kemuliaan saidina Uwais. Rasulullah meneruskan perkataannya yang bermaksud, ''Beliau mempunyai ibu dan beliau adalah orang yang sangat berbakti kepada ibunya. Membuktikan bahawa sesungguhnya berbakti kepada ibu adalah sesuatu kemuliaan yang hebat.''

Rasulullah SAW juga pernah berkata kepada Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau mengatakan bahawa, "sesungguhnya Allah SWT memiliki kekasih di muka bumi, dan di mata manusia dia dianggap orang yang terhina, orang yang compang camping, orang yang berantakan, orang yang mukanya tidak teratur, makanannya tidak teratur, ketika ingin menikah maka tidak diizinkan, tidak ada yang setuju mahu menikahkan dia, ketika dia hilang dari kampung, maka tiada siapa yang bertanya tentangnya, ketika dia sedang sakit maka tiada siapa yang mengunjunginya, ketika dia meninggal maka tiada siapa yang mahu memandikannya."

Kemudian saidina Umar dan saidina Ali bertanya, "Apakah masih ada orang yang seperti itu, disukai Allah tapi tidak dikenali oleh manusia dibumi?" Maka Rasulullah menjawab, "Ya, dialah uwais al qarni."

Kemudian mereka bertanya, "Siapakah uwais al qarni?" Mereka tidak kenal siapa uwais tetapi Rasulullah kenal. 

Saidina Uwais dari kota Yaman. Rasulullah berkata lagi, bahawa sesungguhnya Saidina Uwais al Qarni adalah yang begini -begini dan begitu-begitu, orang yang berbakti kepada orang tuanya, beliau adalah tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah, tubuh beliau agak hitam-hitam coklat.

Saidina Uwais sering menangis dan mengadu kepada Allah SWT. Dia amat terkenal di langit tetapi tidak terkenal di bumi. Ketika dia meminta kepada Allah SWT, pastikan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Kata Rasulullah, Wahai Umar dan Ali, ketika engkau bertemu dengan orang yang bernama Uwais al Qarni, maka minta doa kepadanya. 

Bahawa sesungguhnya di hari kiamat, setiap hamba-hamba Allah SWT yang taat kepada Allah, akan disuruh masuk ke syurga Allah. "Wahai hamba-hambaku (Allah berkata), masuklah ke syurgaKu kecuali saidina uwais." Kenapa? Disaat kaki uwais mahu melangkah ke syurga, disuruhnya berhenti. "Jangan kau masuk ke sini. Kau bagi syafaat kepada orang lain terlebih dahulu sebelum kau mahu masuk." Maka dia memberi syafaat kepada rombongan yang besar, dari keturunan rabiah yang banyak. 

Orang-orang yang mengenali saidina Uwais, mengganggap Uwais sebagai orang gila. Mereka bikin satu rumah kecil untuk saidina Uwais, makan apa yang ada dijalan. Saidina Uwais tidak mencintai dunia, akan tetapi saidina Uwais cinta akan apa yang Allah cintakan. 

Saidina Uwais sangat rajin beribadah kepada Allah, tidak kira siang dan malam. Ketika di malam hari, Saidina Uwais rukuk sahaja sehingga pagi. Ketika pagi pula , dia sujud saja sampai malam. Kalau disiang hari , dia bersedekah, walaupun tidak punya apa-apa akan tetapi dia tetap cuba mahu bersedekah. Dia mengangkat tangan lalu berdoa, ''Ya Allah jika ada orang yang berada dikampungku ini mati dalam keadaan lapar, jangan Engkau beri tanggungjawab kepadaku, jangan Engkau salahkan aku. Dan barangsiapa yang mati tidak memiliki baju, tolong jangan salahkan aku. Kerana apa, kerana sekiranya kita memiliki rezeki padahal tidak ada rezeki untuk orang lain dan Allah mematikan dia, maka kita juga mendapat dosa, kerana tidak mahu berkongsi."

Saidina Uwais juga termasuk dalam golongan orang yang mati dalam perang siffin.  


(Kisah Teladan) Khabar Gembira untuk Sang Anak Kesayangan Rasulullah, Saidatina Fatimah

بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WABARAKA WASALLIM. AMMA BA'DU,


Saidatina Fatimah meninggal kerana Rasulullah SAW telah memberi khabar gembira kepada beliau. Suatu saat saidatina Aisyah menceritakan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW sebelum wafat baginda memanggil anaknya saidatina Fatimah. 

Ketika saidatina Fatimah dipanggil, tiba-tiba dipeluk oleh Rasulullah dan dibisik. Ketika dibisik, kelihatan saidatina Fatimah menangis. Setelah itu dipanggil oleh Rasulullah dan dipeluk serta dibisiki, lalu saidatina Fatimah ketawa. Saidatina Aisyah lalu bingung.

Kemudian saidatina Aisyah bertanya kepada saidatina Fatimah, ''apa sebabnya kau dipeluk dan mengapa kau menangis dan kau tersenyum sehingga aku kebingunan?'' Lalu saidatina Fatimah menjawab, ''Sungguhnya, ayahku memberitahu bahawa sebentar lagi beliau akan wafat, maka aku menangis sedih. Setelah itu, Rasulullah SAW memelukku dan membisikkan kepadaku bahawa aku adalah keluarga Rasulullah yang pertama yang akan menyusuli Rasulullah wafat.'' 

Dan akhirnya saidatina Fatimah pun wafat 3 bulan setelah kewafatan Rasulullah SAW.

-habib ali zaenal abidin bin alwi al kaff-

Kalamul Hikmah minal Habib

بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WABARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,


Datanglah kepadaNya dengan hati yang pasrah!!!
ketuk pintuNya!!!
serulah ia sang pemilik jagat raya alam semesta!!
merengeklah kepadaNya!
katakan ya ALLAH dikala malam datang,
karena sesungguhnya seorang kekasih tentu akan senang berduaan dengan kekasihnya,
mintalah kepadaNya dengan penuh keyakinan..!!!
menangislah dihadapanNya!!
bahakan berpura-puralah menangis dikala engkau tak mampu meneteskan air mata...

ALLAH akan bangga kepadamu dan tentu akan mengabulkan doamu....
Bismillah....
Mulai sahabat-sahabatku .....!!!

-habib ali zaenal abidin bin alwi al kaff-

Perginya Permata Kesayangan Umat

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WABARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,

[1931 - 2015]


AL FATEHAH

عظم الله أجرنا وأجر الأمة الإسلامية في الفقيد توان جورو نيك عبد 
العزيز
إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شيء عنده بأجل مسمى
إنا لله وإنا اليه راجعون
alfagir Ali Zaenal Abidin bin Alwi Alkaff dan crew malaysia cinta rasul mengucapkan belasungkawa atas wafatnya tuan guru 
(( Nik Abdul Aziz))
pada malam jumat 
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H 
.yang penuh berkah membuktikan kesalehan beliau

semoga allah memberikan apa yang pantas untuk beliau dapatkan dari anugerah ALLAH dan mereka yang di tinggal mendapatkan kesabaran...
wahai sahabatku para pemuda!!! sampai kapan lagi kita mahu menjadi manusia yang tidak berarti bagi masyarakat
kita harus tunjukkan bahwa kita mampu berusaha untuk dapat menggantikan ulama ulama kita, agar mereka senang dan bahagia disana
bangkit dan semangat!! belajar!! tidak ada kata untuk putus asa.!!!

Wednesday, 11 February 2015

Biografi Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwi Al Kaff

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WABARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,

[AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ALWI AL-KAFF]



Perawakannya tampan, berkulit putih, dan muda. Orang yang melihatnya pasti segan serta mengetahui kalau dirinya memiliki karisma yang sangat besar. Dari wajahnya terpancar cahaya yang begitu hebat dan penuh wibawa. Apa yang telah diberikannya tidak sedikit punmengharapkan balasan. Semuanya ditujukan hanya untuk Allah SWT. Kasih sayang dan pengabdiannya kepada umat benar-benar menggambarkan ajaran cinta kasih Islam yang rahmatan lil’alamin. Dia merupakan ulama pewaris datuknya Rasulullah SAW. Dia adalah Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwi Al-Kaff lebih akrab dengan panggilan Habib Ali Al-Kaff.


Masa kecil dan belajarnya Al-Habib Ali Al-Kaff

dilahirkan di Kota Palembang, di mana kota itu didiami oleh ramai ulama, pada tanggal 5 Ogos 1987.
Habibana mulai mengikuti majlis-majlis ilmu sejak kecil lagi bersama walidnya. Semenjak kecil, habibana telah mendapat pendidikan khusus dari kedua orang tuanya serta abangnya dalam ilmu Alquran dan Fiqh Asas.Habibana juga mempelajari ilmu yang sama dari Al-Ustaz Abdul Qodir Al-Kaff (ketika menjadi mudir Madrasah Al-Haromain) dan juga dari pakcik beliau, Al-Ustaz Usman bin Ahmad Al-Kaff. Al-Habib Ali Al-Kaff juga telah mendapat pendidikan dari 3 madrasah ketika usia masih kecil iaitu Madrasah Al-Kautsar, Taman Al-Quran Ar-Royyan, dan Madrasah Al-Haromain. Jam 7 pagi sehingga jam 12 tengahari beliau berada di Madrasah Al-Kautsar, jam 2 petang pula beliau berada di Taman Al-Quran Ar-Royyan dan malamnya beliau setelah maghrib sehingga lewat beliau memenuhi waktunya di Madrasah Al-Haromain. Pembelajaran di madrasah-madrasah ini dilalui beliau pada setiap hari kecuali hari Jumaat. Kecerdasan Al-Habib Ali Al-Kaff telah nampak sejak kecil. Beliau telah menghafaz juzu’ ‘Amma dan bahasa arab serta mendapatkan beberapa penghargaan ketika usia kecil beliau.

Ketika berumur 10 tahun, habibana dan keluarganya telah berpindah ke Tangerang. Di sana, beliau telah mendapat pendidikan di Madrasah Hidayaturrahman pada siang hari manakala pada malam hari beliau belajar di Madrasah Nurulfalah.

Al-Habib Ali Al-Kaff juga aktif dalam Majelis Nur Alawiy. Tangerang, Kecintaan habibana dalam menuntut ilmu dan menyebarkan dakwah telah nampak sejak dari kecil lagi.

Telah diceritakan oleh Al-Walid kepada habibana, “dulu majlis Walid hanya dihadiri lebih kurang 15 orang pemuda pada setiap malam bagi membaca Ratib Al-Haddad dan pada setiap malam Jumaat membaca Maulid Nabi dan setiap sebulan sekali mengadakan Pengajian Fiqh”. Habibana menghampiri Al-Walid dan berkata “Walid, Ali juga ingin punya majlis seperti walid”. Ketika itu Habibana baru berusia 11 tahun. Lalu Al-Walid berkata “silakan kumpulkan teman-temanmu, ajak mereka ke majlis kita dan ali buat sendiri majlis”. Alangkah terkejutnya Al-Walid ketika melihat majlis itu kerana majlis yang dianjurkan oleh habibana itu dihadiri lebih 50 orang anak-anak kecil kerana bilangan hadirinnya lebih ramai berbanding majlis ilmu orang dewasa. Anak-anak kecil itu juga pandai memainkan hadroh dan membaca Ratib Al-Attas setiap penghujung maghrib.

Setelah habibana menamatkan pengajian di peringkat ibtida’iah (permulaan/rendah), beliau telah menyambung pengajian beliau ke pesantren di Pondok Pesantren Daarulhabib yang dimiliki oleh keluarga dari sebelah ummi kepada habibana yakni Abuya Al-Habib Naufal bin Abdullah Al-Kaff. Habibana termasuk dalam kumpulan pertama santri(pelajar) di Pondok Pesantren Daarulhabib. Ketika itu pelajar di Pondok Pesantren Daarulhabib Cuma seramai 9 orang santri dan habibana bersama 2 orang sahabatnya dari Tangerang, maka jumlah santrinya adalah seramai 12 orang sahaja dan ramai diantaranya tidak mampu untuk meneruskan pengajian mereka di sana karena semua dimulai dari serba susah.

Habibana ketika itu baru saja lebih kurang 12 atau 13 tahun pada akhir tahun 1999. Di Pondok Pesantren Daarulhabib, habibana telah menperdalam ilmu Arabiyyah (bahasa arab) seperti ilmu nahu sarof dan sepertinya. Selain ilmu Arabiyyah, habibana juga telah menambah ilmu dalam bidang Fiqh, Tauhid, Hadith, dan Tafsir Dll . Setelah habibana menyelesaikan pembelajaran asas dalam bidang ilmu-ilmu tersebut, habibana menjadi pengajar dan dalam masa yang sama tetap belajar di situ kerana bilangan santri dan gurunya belum ramai.

Habibana telah melalui suatu perjuangan yang luar biasa hebatnya ketika di Pondok Pesantren Daarulhabib kerana di sana untuk mendapatkan air bagi mengambil wudhu’ sahaja susah. Namun, habibana telah dididik oleh Abuya Al-Habib Naufal. Abuya Al-Habib Naufal selalu memperingati para santrinya untuk bersabar. beliau berkata “semakin sulit engkau menuntut ilmu semakin lazat akan engkau rasakan kelak apabila sudah menjadi seorang ‘alim”. Beliau selalu menasihati para santrinya. Para santri pertama sememangnya telah tidur satu atap dengan Abuya Al-Habib Naufal dan makan dari makanan beliau.

Pondok Pesantren Daarulhabib merupakan suatu yang penuh barakah. Ramai ulama’ telah datang ke Daarulhabib. Habibana tidak akan menyia-nyiakan kehadiran mereka. Habibana akan menuntut ilmu daripada para ulama’ yang hadir ke situ dan meminta ijazah daripada mereka.

Habibana berada di Pondok Pesantren Daarulhabib sehingga tahun 2009 setelah lebih kurang 10 tahun menjadi santri dan berkhidmat di situ. Pengajian habibana tidak terhenti di Pondok Pesantren Daarulhabib. Habibana melanjutkan pelajarannya ke Universiti Ahgaff dan mendapat biasiswa daripada universiti tersebut. Di situ, habibana mendalami ilmu Usul, Fiqh, Hadith, Muqoron dan sebagainya.

Di Tareem, habibana telah belajar dengan para ulama’ dan para habaib di sana selama tiga tahun dan di Mukalla selama satu tahun. Di antara guru-guru beliau di Tarim :

1. Al-Habib Ali Masyhur 2. Syeikh Muhammad bin Ali Al-Khotib 3. Syeikh Muhammad bin Ali Ba Aidhon Ketiga-tiga guru beliau adalah merupakan mufti di Kota Tarim. Habibana juga sering menghadiri ke Majlis Al-Habib Umar bin Hafidz dan Al-Habib Salim A-Shatiri dan Habib Abubakar masyhur.
Di antara guru-guru beliau disana adalah :
1. Al-Habib Abu Bakar bin Smith 
2. Al-habib Abdullah bin Smith 
3. Dr. Amjad rushdi dari Yordania 
4. Dr. Muhammad al-Aydrus 
5.Dr. izzudin dari Sudan 
6. Syeikh Amin As-Syinqithi dari Muritania 
7. Dr. Abdurrahman As-Seggaf
8. Dr. Mustafa bin Smith dll.

Banyak ulama yang datang ke negeri Hadromawt dari luar pada masa habibana belajar di Hadromawt diantara mereka Syekh Muhammad saed Romadhon albouthiy Maka habibana meminta ijazah 'am dan khos kepada beliau.

Habibana berguru serta berkhidmat terus kepada Maha guru beliau iaitu Prof. Dr. Abdullah bin Muhammad Baharoon. Beliau merupakan seorang cendiakawan muslim dan ahli hadith yang sangat terkenal. Beliau juga adalah seorang rector Ahgaff University di Hadromawt. Kini, habibana masih dan sering kali menghubungi Prof. Abdullah dan selalu minta isyarah kepada beliau yang juga memberikan perhatian kepada habibana.

Al-Habib Abdullah Baharoon pernah berkata :

  من تحكم لعارف يترك الشف كله *
 لا ينازع ولا يختار له أي خصله  *
يسلم الأمر لأهله ما أرادوا يحكمون * 
المحبة لها أحوال وأسرار وفنون *

“Barang siapa yang menjadikan gurunya sebagai Syeikh Tahkim maka dia akan meninggalkan semua pendapatnya yang ia miliki, tidak pernah menolak apa yang diputuskan sang guru dan tidak mengedepankan pendapatnya secara peribadi,dan ia akan menyerahkan segala hal kepada ahlinya, apa yang mereka inginkanlah yang harus engkau inginkan, sesungguhnya cinta memiliki keadaan dan rahasia dan bermacam-macam rasa…”

Setelah mengambil berkat dan khidmat di negeri wali tersebut. Habibana pun pulang dan memulai dakwahnya di Indonesia ikut menjadi PENASEHAT di Majlis Nur Alawiy bagi meneruskan perjuangan Al-Walid ayah beliau bersama pimpinan Al-Habib Naufal dan Al-Habib Jafar Al-Kaff, keduanya merupakan saudara kandung beliau. Habib juga aktif di beberapa kota bahkan di kepulauan Indonesia.

Habibana aktif dalam menulis buku sudah sekitar 15 buku yang dicatat dan 7 di antaranya sudah, kebanyakan buku Habib atau hampir semuanya menggunakan bahasa Arab hanya 2 buku yang berbahasa Indo dan sampai sekarang Habib masih menulis dan aktif di internet.

Kini, habibana merupakan penaung Cinta Rasul International Community yang di bawahnya terdapat beberapa negara yang bergabung dengannya seperti Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Beliau juga merupakan seorang tenaga pengajar di Darul Habib Boarding School, Sukabumi,Indonesia. Habibana telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata.

wallahua'alam.

Editor,

Ummu Ja'far dan Ummu Hafizah



Monday, 9 February 2015

Sayyiduna Rasulillah KEKASIH YANG DISAYANGI DAN DIRINDUI

بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WABARAKA WASALLAM, AMMA BA'DU,


SESIAPA YANG MELIHAT RASULULLAH SAW, AKAN CINTA KEPADA RASULULLAH SAW, AKAN SAYANG KEPADA RASULULLAH SAW. AKAN TETAPI, SYARATNYA 1, MESTI KENAL DULU SIAPAKAH RASULULLAH SAW. HARUS SATU DULU, SIAPAKAH RASULULLAH.


Nabi Muhammad SAW adalah insan yang sgt disayangi oleh ALLAH SWT , oleh kerana itu umat manusia diperintahkan oleh ALLAH SWT untuk menyayangi Nabi Muhammad SAW. Para sahabat Nabi Muhammad SAW pertama kali berjumpa dengan Nabi SAW, sayang sekali pada Rasulullah, cinta kpd Rasulullah, bermati-matian membela Nabi Muhammad SAW. Kenapa..

kerana melihat susuk nabi Muhammad SAW, ini org yg hebat bahkan, org kafirpun kalau melihat nabi Muhamad, pasti akan syg kpd Nabi Muhammad SAW. Itu tabiat sifat manusia.

AL IMAM GHAZALI mengatakan, ''Manusia itu kalau melihat keindahan seseorang, maka dia akan senang.''

Rasulullah SAW adalah insan yg terbaik ketika seorang manusia melihat ada kelebihan disisi manusia, yg lain maka pasti manusia tersebut, akan senang kepada manusia tersebut. 

Bagaimana kalau misalnya keindahan itu terkumpul semua di satu orang Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW kebaikannya terkumpul kalau pun bulan diletakkan di samping Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW akan jauh lebih indah dari bulan purnama.

mutiara kata,

AL HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ALWY ALKAFF
-Pembimbing Malaysia Cinta Rasul, Brunei Cinta Rasul, Singapura Cinta Rasul, Indonesia Cinta Rasul-