"sebarkan sayap dakwah menuju Allah"

MISI - "Sebarkan sayap DAKWAH menuju ALLAH"

VISI - "Menjadikan MCR sebagai satu platform bagi menyebarkan dakwah, menggapai redha Allah dan cinta Rasul, serta membentuk anak cucu yang mengenal Allah dan Rasulullah."

Thursday, 12 February 2015

(Kisah Teladan) Khabar Gembira untuk Sang Anak Kesayangan Rasulullah, Saidatina Fatimah

بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WABARAKA WASALLIM. AMMA BA'DU,


Saidatina Fatimah meninggal kerana Rasulullah SAW telah memberi khabar gembira kepada beliau. Suatu saat saidatina Aisyah menceritakan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW sebelum wafat baginda memanggil anaknya saidatina Fatimah. 

Ketika saidatina Fatimah dipanggil, tiba-tiba dipeluk oleh Rasulullah dan dibisik. Ketika dibisik, kelihatan saidatina Fatimah menangis. Setelah itu dipanggil oleh Rasulullah dan dipeluk serta dibisiki, lalu saidatina Fatimah ketawa. Saidatina Aisyah lalu bingung.

Kemudian saidatina Aisyah bertanya kepada saidatina Fatimah, ''apa sebabnya kau dipeluk dan mengapa kau menangis dan kau tersenyum sehingga aku kebingunan?'' Lalu saidatina Fatimah menjawab, ''Sungguhnya, ayahku memberitahu bahawa sebentar lagi beliau akan wafat, maka aku menangis sedih. Setelah itu, Rasulullah SAW memelukku dan membisikkan kepadaku bahawa aku adalah keluarga Rasulullah yang pertama yang akan menyusuli Rasulullah wafat.'' 

Dan akhirnya saidatina Fatimah pun wafat 3 bulan setelah kewafatan Rasulullah SAW.

-habib ali zaenal abidin bin alwi al kaff-

No comments:

Post a Comment