"sebarkan sayap dakwah menuju Allah"

MISI - "Sebarkan sayap DAKWAH menuju ALLAH"

VISI - "Menjadikan MCR sebagai satu platform bagi menyebarkan dakwah, menggapai redha Allah dan cinta Rasul, serta membentuk anak cucu yang mengenal Allah dan Rasulullah."

Thursday, 12 February 2015

Kisah Teladan - Sayyidina Uwais Al Qarni

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WABARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,



Saidina Uwais Al Qarni adalah seorang tabi'in dan beliau seorang sebaik-baik tabi'in , sebagaimana diucapkan oleh Rasulullah SAW. Beliau hidup di zaman Rasulullah , akan tetapi tidak termasuk dalam sahabat nabi. Kenapa, kerana beliau tidak sempat berjumpa dan duduk bersama dengan Rasulullah SAW. 

Rasulullah pernah berpesan bahawa sesungguhnya, ''Sebaik-baik tabi'in atau mereka yang mengajar kepada sahabat adalah seorang yang bernama Uwais.''

Rasulullah SAW tidak mengatakan itu sahaja, malah Rasulullah menyebutkan kemuliaan saidina Uwais. Rasulullah meneruskan perkataannya yang bermaksud, ''Beliau mempunyai ibu dan beliau adalah orang yang sangat berbakti kepada ibunya. Membuktikan bahawa sesungguhnya berbakti kepada ibu adalah sesuatu kemuliaan yang hebat.''

Rasulullah SAW juga pernah berkata kepada Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau mengatakan bahawa, "sesungguhnya Allah SWT memiliki kekasih di muka bumi, dan di mata manusia dia dianggap orang yang terhina, orang yang compang camping, orang yang berantakan, orang yang mukanya tidak teratur, makanannya tidak teratur, ketika ingin menikah maka tidak diizinkan, tidak ada yang setuju mahu menikahkan dia, ketika dia hilang dari kampung, maka tiada siapa yang bertanya tentangnya, ketika dia sedang sakit maka tiada siapa yang mengunjunginya, ketika dia meninggal maka tiada siapa yang mahu memandikannya."

Kemudian saidina Umar dan saidina Ali bertanya, "Apakah masih ada orang yang seperti itu, disukai Allah tapi tidak dikenali oleh manusia dibumi?" Maka Rasulullah menjawab, "Ya, dialah uwais al qarni."

Kemudian mereka bertanya, "Siapakah uwais al qarni?" Mereka tidak kenal siapa uwais tetapi Rasulullah kenal. 

Saidina Uwais dari kota Yaman. Rasulullah berkata lagi, bahawa sesungguhnya Saidina Uwais al Qarni adalah yang begini -begini dan begitu-begitu, orang yang berbakti kepada orang tuanya, beliau adalah tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah, tubuh beliau agak hitam-hitam coklat.

Saidina Uwais sering menangis dan mengadu kepada Allah SWT. Dia amat terkenal di langit tetapi tidak terkenal di bumi. Ketika dia meminta kepada Allah SWT, pastikan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Kata Rasulullah, Wahai Umar dan Ali, ketika engkau bertemu dengan orang yang bernama Uwais al Qarni, maka minta doa kepadanya. 

Bahawa sesungguhnya di hari kiamat, setiap hamba-hamba Allah SWT yang taat kepada Allah, akan disuruh masuk ke syurga Allah. "Wahai hamba-hambaku (Allah berkata), masuklah ke syurgaKu kecuali saidina uwais." Kenapa? Disaat kaki uwais mahu melangkah ke syurga, disuruhnya berhenti. "Jangan kau masuk ke sini. Kau bagi syafaat kepada orang lain terlebih dahulu sebelum kau mahu masuk." Maka dia memberi syafaat kepada rombongan yang besar, dari keturunan rabiah yang banyak. 

Orang-orang yang mengenali saidina Uwais, mengganggap Uwais sebagai orang gila. Mereka bikin satu rumah kecil untuk saidina Uwais, makan apa yang ada dijalan. Saidina Uwais tidak mencintai dunia, akan tetapi saidina Uwais cinta akan apa yang Allah cintakan. 

Saidina Uwais sangat rajin beribadah kepada Allah, tidak kira siang dan malam. Ketika di malam hari, Saidina Uwais rukuk sahaja sehingga pagi. Ketika pagi pula , dia sujud saja sampai malam. Kalau disiang hari , dia bersedekah, walaupun tidak punya apa-apa akan tetapi dia tetap cuba mahu bersedekah. Dia mengangkat tangan lalu berdoa, ''Ya Allah jika ada orang yang berada dikampungku ini mati dalam keadaan lapar, jangan Engkau beri tanggungjawab kepadaku, jangan Engkau salahkan aku. Dan barangsiapa yang mati tidak memiliki baju, tolong jangan salahkan aku. Kerana apa, kerana sekiranya kita memiliki rezeki padahal tidak ada rezeki untuk orang lain dan Allah mematikan dia, maka kita juga mendapat dosa, kerana tidak mahu berkongsi."

Saidina Uwais juga termasuk dalam golongan orang yang mati dalam perang siffin.  


No comments:

Post a Comment