"sebarkan sayap dakwah menuju Allah"

MISI - "Sebarkan sayap DAKWAH menuju ALLAH"

VISI - "Menjadikan MCR sebagai satu platform bagi menyebarkan dakwah, menggapai redha Allah dan cinta Rasul, serta membentuk anak cucu yang mengenal Allah dan Rasulullah."

Sunday, 21 December 2014

~Kalam Mutiara~

بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,



Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT atas nikmat iman dan islam. Dengan rasa rendah hati, in syaa allah jika Allah izinkan, admin ingin mempromote barang jualan dari Malaysia Cinta Rasul. 


bookmarks MCR.

RM 3 untuk 1 bookmarks

utk keterangan lebih lanjut atau untuk meneruskan pembelian, 
sila whatsapp pada nombor ini : 011-12887872 (Ukhti Sheila)



Buku MUTIARA KALAM keluaran MCR

harga utk sebuah - RM 10

untuk keterangan lanjut atau untuk meneruskan pembelian, 
sila whatsapp pada nombor ini, 017-3678592 (Ummu Zahra')


"Berniaga itu sunnah sekiranya mengikut cara yang ditetapkan oleh Rasulullah."

JAZAKUMULLAHUKHEIR KATHIRAN



Apakah engkau pernah berfikir ?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA A'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,


Apakah engkau pernah berfikir?

Pekerjaanmu/perniagaanmu setiap hari yang terkadang membuatmu penat sampai bosan adalah angan-angan bagi mereka yang mengganggur..

Apakah engkau pernah berfikir?

Fizik yang kau milik yang terkadang membuatmu sedih mungkin kerana warnanya yang tidak bagus atau terdapat bintik-bintik atau jerawat adalah angan bagi mereka yang wajahnya terbakar.

Apakah engkau pernah berfikir?

Keberadaan anakmu dirumah yang selalu membuatmu terganggu adalah angan-angan bagi mereka yang Allah tidak kurniakan bagi mereka anak.

Apakah engkau pernah berfikir?

Kedua orang tuamu yang terkadang banyak permintaan kepadamu sehingga membuatmu susah dan bosan, keberadaan mereka adalah harapan bagi anak yatim dan piatu.

Apakah engkau pernah berfikir?

Rumahmu yang kecil dan engkau sering merasa malu disaat ingin menjamu temanmu untuk singgah ke rumah kerana teramat kecil adalah mimpi mereka yang tinggal dijalanan.

Apakah engkau pernah berfikir?

Kehidupan yang kita semua rasakan sekarang ini adalah harapan bagi mereka yang sudah wafat agar mampu kembali hidup sehingga mereka boleh beramal soleh.


Guru besar saya, Al Habib Abdullah Baharom pernah berkata,

واقنع بقسمك لا تقع بطال
نعمته شي ظاهر وشي مخفية

ertinya : merasa cukuplah engkau dengan bagian yang telah kau dapat dari Allah dan jangan menjadi orang yang membangkang durhaka. Kerana nikmat Allah sebagian tampak terlihat dimatamu dan sebagian lagi tersembunyi.

YA ALLAH, HINA SEKALI KAMI YANG TAK TAHU DIRI DAN SELALU LUPA UNTUK BERSYUKUR PADAMU.

Sayyidil Habib Ali Zainal Abidin bin Alwi Al Kaff




Thursday, 18 December 2014

Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk berkhidmat


بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU, 




Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita untuk bernafas di bumiNya yang penuh dengan ciptaanNya yang begitu indah.

Kami, ajk Melaka Berselawat Banat sangat bersyukur kerana diberi peluang berkhidmat untuk orang-orang soleh. Alhamdulillah, tak semua orang akan terpilih untuk diberi kesempatan berkhidmat. Siapa yang suka berkhidmat, maka dia akan dikhidmat. Berkhidmatlah pada jalan kebaikan kerana Allah SWT. 

Apabila kita berkhidmat, secara tidak langsung ia mampu mentarbiyahkan hati kita, membersihkan hati kita yang kotor. Hal ini demikian kerana, apabila kita sedang bekerja dalam suatu majlis, kita tidak mampu untuk berbuat perkara yang Allah tidak suka. Kerana setiap majlis ilmu, pasti akan dihadiri oleh orang-orang yang baik, sehinggakan kita jadi malu untuk berbuat maksiat. 

Orang yang berkhidmat juga diantara orang yang Allah suka. Kerana apa? Kerana orang yang berkhidmat ini dia membantu orang lain untuk melengkapkan suasana. Masyaa allah tabarakallah. Lebih-lebih lagi bagi orang yang berkhidmat untuk ibu dan ayahnya. Dia sedang "bekerja" mencari amalan untuk dibawa bertemu dengan Allah. Kita juga perlu sama-sama bekerja untuk Allah. Sama-sama mencari 'modal' untuk dibawa ke akhirat nanti.

Kami mohon doa antum semua agar kami dapat istiqomah menuju kebaikan dengan mengikuti jalan orang-orang soleh. In syaa allah. Ketahuilah, yang sebenarnya, kami diberi peluang ini mungkin disebabkan oleh doa antum. Subhanallah.

Penulis,
UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)



Aktiviti Malaysia Cinta Rasul 4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLIM. AMMA BA'DU





Alhamdulillah, pada hari Sabtu bertarikh 18 Oktober 2014, telah diadakan MALAM CINTA RASUL anjuran MELAKA BERSELAWAT di Stadium Hang Tuah, Melaka. Majlis ini merupakan tugasan kami yang ketiga bagi Ajk Melaka Berselawat. Alhamdulillah.

Malam tersebut merupakan malam yang bermakna bagi umat islam di Negeri Melaka. Hal ini demikian kerana mereka dikelilingi oleh orang-orang soleh dalam majlis yang soleh(baik). Masyaa allah tabarakallah !! Sungguh beruntungnya orang-orang yang diberi kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu, lebih-lebih lagi jika di dalam majlis tersebut diselangi dengan selawat dan qasidah-qasidah. 

Siapa yang Allah berkehendak kepadanya akan kebaikan, maka Allah akan beri kefahaman kepadanya mengenai agama. Subhanallah. Oleh itu, ucapkanlah hamdalah pada Allah kerana diberi keizinan untuk hadir dalam majlis ilmu. Orang yang diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu tetapi tidak mahu datang menuntut ilmu adalah orang yang paling rugi di hari Akhirat. Rugi kerana apa? Rugi kerana tidak mahu mengumpul saham kebaikan. Boleh jadi sekiranya kita selalu hadir dalam majlis ilmu, malaikat takkan putus-putus mendoakan kesejahteraan buat kita. 

Para habaib datang ke negara kita, pasti Allah ada simpan asbabnya. Jadi, janganlah suka bersangka buruk terhadap mereka. Mereka datang untuk membawa kebaikan, maka hendaklah kita menerimanya dengan penuh kebaikan. Nabi SAW tidak pernah mengajar kepada umatnya untuk melayan tetamu dengan buruk. Para habaib merupakan tetamu istimewa kita. Bukan mudah untuk mereka ingin menjejaki kaki di negara kita yang agak kurang suka menuntut ilmu, lebih-lebih lagi dalam bab agama. Akan tetapi mereka tetap mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mentarbiyah akhlak kita agar mencintai ilmu. Dari mana keyakinan mereka itu datang? Daripada moyang mereka sendiri, Sayyiduna Rasulullah SAW. 

CINTAILAH MAJLIS ILMU, CINTAILAH ILMU, CINTAILAH ORANG YANG BERILMU DAN CINTAILAH ORANG YANG MENCINTAI ILMU.

Penulis,

UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)



Aktiviti Malaysia Cinta Rasul 3

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,





Alhamdulillah , pada 25 September 2014 (khamis), di Masjid Kampung Hulu Melaka, telah mengadakan Malam Cinta Rasul bagi melancarkan Majlis Melaka Berselawat. Majlis ini dianjurkan oleh Richwell dan juga Melaka Berselawat. Sungguh tidak jangka dengan kehadiran tetamu-tetamu yang hadir. Walaupun masjid itu agak kecil, tapi ramai yang mengunjungi. Alhamdulillah..

Sungguh beruntung orang Malaysia. Kerana para habaib selalu turun untuk menyampaikan dakwah. Masyaa Allah tabarakallah ! ! Mereka hadir untuk memperbaiki akhlak kita. Walaupun pada hakikatnya kita tidak mengerti percakapan daripada mereka, tetapi boleh jadi hati kita ni mudah tersentuh dengan kata-kata seorang wali. Seorang wali Allah mampu membuatkan hati si pendosa menangis hanya disebabkan kata-kata yang menusuk kalbu. Tidak perlu berasa tinggi diri kerana sudah menuntut ilmu. 

Ketahuilah, akhlak para habaib jika mereka berdakwah, mereka hanya berdakwah dengan menceritakan cinta dan kasih mereka kepada Rasulullah SAW. Tak kiralah itu sudah berulang-ulang kali atau tidak, mereka tetap tidak putus asa dlm menterjemahkan kasih mereka terhadap Rasulullah SAW dengan mengajak orang ramai untuk mencintai Rasulullah SAW. 

Perasan atau tidak, hati mereka sebak setiap kali menceritakan sirah baginda SAW. Kita, walaupun sudah berkali-kali mendengarnya, hati kita seolah-olah berasa kosong dan tidak menghayati dan tidak mengerti pengisian sirah tersebut. Para Habaib, disaat menceritakan kisah saidatina Fatimah, air mata mereka turun merentasi bumi. Mereka sangat takut pada wanita zaman sekarang. Wanita yang semakin suka menonjolkan diri pada masyarakat. Penampilan cara pemakaian sudah ramai mengikut orang barat. Tiada tersimpan rasa cinta yang benar terhadap puteri Rasulullah SAW.

Allahu..
jom kita sama2 ikut jalan para habaib yang mengikuti jalan Rasulullah SAW.
hadirkan diri dan hati dalam majlis ilmu.

Penulis,

UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)

Aktiviti Malaysia Cinta Rasul 2

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,





Alhamdulillah , pada 11 dan 12 Oktober 2014 (sabtu dan ahad), telah diadakan majlis bacaan dibaie dan houl Sultan Al Arifin Syeikh Ismail di Pulau Besar Melaka. 

Majlis diserikan lagi dengan bacaan doa , yang dikendalikan oleh ustaz Amali Dhiya'uddin. Turut yang menjadi tetamu jemputan bagi menceriakan majlis dengan mawlid dan qasidah, yaitu Sheikh Ahmad Al Yamani dan Sheikh Mahmoud Al Wasobi. Lantunan qasidah yang mengasyikkan membuatkan kami disini berasa terhibur dan semakin rindu terhadap Rasulullah SAW. Bait Qasidah mengandungi makna yang bererti. Sebagai contohnya Qasidah Kisah Rasul, yang kebiasaannya didendangkan oleh Habib Syech Asseggaf. Qasidah itu menceritakan tentang ahli keluarga nabi, para sahabat nabi , saudara-saudara nabi dan selainnya. Selain itu, sekarang ini, fenomena Qasidah YA HANANA sudah menjadi luas dalam kalangan anak-anak muda. Ya Hanana bererti Beruntungnya kami. Beruntung kerana apa?

Beruntung kerana dengan kelahiran Nabi SAW, kita dpt mengenal islam kerana dengan kemunculan Nabi SAW, kita dpt mengenal syurga dan neraka. Rasulullah SAW  merupakan guru kita yang pertama. Meskipun baginda SAW ialah seorang Ummi(yang tidak tahu membaca dan menulis), akan tetapi baginda SAW diberi kelebihan yang lebih, yang tiada pada manusia biasa. Rasulullah SAW bukanlah manusia biasa, malah Rasulullah SAW seorang manusia yang luar biasa, menjadi ketua bagi setiap umat. Pemberi syafaat kepada umatnya yang hanya tidak berpaling dari sunnahnya. Daripada mendengar lagu yang tiada manfaatnya, maka tiada salahnya untuk kita hiburkan hati dengan mendengar qasidah. Sehinggakan ada segelintir ulama' di tarim selalu bermimpi berjumpa dengan nabi SAW kerana berkat selalu membaca qasidah. Haruslah hayati dan pelajari maknanya.

Kami sebagai ajk malaysia cinta rasul, turut sama2 menghadirkan majlis walaupun banyak tugasan yang diberi, kerana tetamu yang hadir sungguh ramai, masyaa allah. Seolah-olah majlis itu turut dihadiri oleh para malaikat dan dikunjungi oleh orang-orang soleh yang terdahulu. Dimana-mana majlis ilmu, pasti akan dihadiri oleh para malaikat dan ditebarkan sayapnya bagi orang yang berada dalam majlis tersebut.

Dalam majlis ini juga, kami dapat mendengar tausiyah daripada ustaz Amali Dhiya'uddin,antara salah satu tausiyah yang diberikan oleh ustaz Amali ialah "berbaktilah kepada mak dan ayah dan jangan menderhakai mereka."  

Semoga Allah memberkati orang-orang yang hadir dalam majlis ilmu, in syaa allah..

Penulis,

UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)