بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLIM. AMMA BA'DU
Alhamdulillah, pada hari Sabtu bertarikh 18 Oktober 2014, telah diadakan MALAM CINTA RASUL anjuran MELAKA BERSELAWAT di Stadium Hang Tuah, Melaka. Majlis ini merupakan tugasan kami yang ketiga bagi Ajk Melaka Berselawat. Alhamdulillah.
Malam tersebut merupakan malam yang bermakna bagi umat islam di Negeri Melaka. Hal ini demikian kerana mereka dikelilingi oleh orang-orang soleh dalam majlis yang soleh(baik). Masyaa allah tabarakallah !! Sungguh beruntungnya orang-orang yang diberi kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu, lebih-lebih lagi jika di dalam majlis tersebut diselangi dengan selawat dan qasidah-qasidah.
Siapa yang Allah berkehendak kepadanya akan kebaikan, maka Allah akan beri kefahaman kepadanya mengenai agama. Subhanallah. Oleh itu, ucapkanlah hamdalah pada Allah kerana diberi keizinan untuk hadir dalam majlis ilmu. Orang yang diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu tetapi tidak mahu datang menuntut ilmu adalah orang yang paling rugi di hari Akhirat. Rugi kerana apa? Rugi kerana tidak mahu mengumpul saham kebaikan. Boleh jadi sekiranya kita selalu hadir dalam majlis ilmu, malaikat takkan putus-putus mendoakan kesejahteraan buat kita.
Para habaib datang ke negara kita, pasti Allah ada simpan asbabnya. Jadi, janganlah suka bersangka buruk terhadap mereka. Mereka datang untuk membawa kebaikan, maka hendaklah kita menerimanya dengan penuh kebaikan. Nabi SAW tidak pernah mengajar kepada umatnya untuk melayan tetamu dengan buruk. Para habaib merupakan tetamu istimewa kita. Bukan mudah untuk mereka ingin menjejaki kaki di negara kita yang agak kurang suka menuntut ilmu, lebih-lebih lagi dalam bab agama. Akan tetapi mereka tetap mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mentarbiyah akhlak kita agar mencintai ilmu. Dari mana keyakinan mereka itu datang? Daripada moyang mereka sendiri, Sayyiduna Rasulullah SAW.
CINTAILAH MAJLIS ILMU, CINTAILAH ILMU, CINTAILAH ORANG YANG BERILMU DAN CINTAILAH ORANG YANG MENCINTAI ILMU.
Penulis,
UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)
No comments:
Post a Comment