بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,
Alhamdulillah , pada 11 dan 12 Oktober 2014 (sabtu dan ahad), telah diadakan majlis bacaan dibaie dan houl Sultan Al Arifin Syeikh Ismail di Pulau Besar Melaka.
Majlis diserikan lagi dengan bacaan doa , yang dikendalikan oleh ustaz Amali Dhiya'uddin. Turut yang menjadi tetamu jemputan bagi menceriakan majlis dengan mawlid dan qasidah, yaitu Sheikh Ahmad Al Yamani dan Sheikh Mahmoud Al Wasobi. Lantunan qasidah yang mengasyikkan membuatkan kami disini berasa terhibur dan semakin rindu terhadap Rasulullah SAW. Bait Qasidah mengandungi makna yang bererti. Sebagai contohnya Qasidah Kisah Rasul, yang kebiasaannya didendangkan oleh Habib Syech Asseggaf. Qasidah itu menceritakan tentang ahli keluarga nabi, para sahabat nabi , saudara-saudara nabi dan selainnya. Selain itu, sekarang ini, fenomena Qasidah YA HANANA sudah menjadi luas dalam kalangan anak-anak muda. Ya Hanana bererti Beruntungnya kami. Beruntung kerana apa?
Beruntung kerana dengan kelahiran Nabi SAW, kita dpt mengenal islam kerana dengan kemunculan Nabi SAW, kita dpt mengenal syurga dan neraka. Rasulullah SAW merupakan guru kita yang pertama. Meskipun baginda SAW ialah seorang Ummi(yang tidak tahu membaca dan menulis), akan tetapi baginda SAW diberi kelebihan yang lebih, yang tiada pada manusia biasa. Rasulullah SAW bukanlah manusia biasa, malah Rasulullah SAW seorang manusia yang luar biasa, menjadi ketua bagi setiap umat. Pemberi syafaat kepada umatnya yang hanya tidak berpaling dari sunnahnya. Daripada mendengar lagu yang tiada manfaatnya, maka tiada salahnya untuk kita hiburkan hati dengan mendengar qasidah. Sehinggakan ada segelintir ulama' di tarim selalu bermimpi berjumpa dengan nabi SAW kerana berkat selalu membaca qasidah. Haruslah hayati dan pelajari maknanya.

Kami sebagai ajk malaysia cinta rasul, turut sama2 menghadirkan majlis walaupun banyak tugasan yang diberi, kerana tetamu yang hadir sungguh ramai, masyaa allah. Seolah-olah majlis itu turut dihadiri oleh para malaikat dan dikunjungi oleh orang-orang soleh yang terdahulu. Dimana-mana majlis ilmu, pasti akan dihadiri oleh para malaikat dan ditebarkan sayapnya bagi orang yang berada dalam majlis tersebut.
Dalam majlis ini juga, kami dapat mendengar tausiyah daripada ustaz Amali Dhiya'uddin,antara salah satu tausiyah yang diberikan oleh ustaz Amali ialah "berbaktilah kepada mak dan ayah dan jangan menderhakai mereka."
Semoga Allah memberkati orang-orang yang hadir dalam majlis ilmu, in syaa allah..
Penulis,
UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)
No comments:
Post a Comment