"sebarkan sayap dakwah menuju Allah"

MISI - "Sebarkan sayap DAKWAH menuju ALLAH"

VISI - "Menjadikan MCR sebagai satu platform bagi menyebarkan dakwah, menggapai redha Allah dan cinta Rasul, serta membentuk anak cucu yang mengenal Allah dan Rasulullah."

Sunday, 21 December 2014

~Kalam Mutiara~

بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,



Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT atas nikmat iman dan islam. Dengan rasa rendah hati, in syaa allah jika Allah izinkan, admin ingin mempromote barang jualan dari Malaysia Cinta Rasul. 


bookmarks MCR.

RM 3 untuk 1 bookmarks

utk keterangan lebih lanjut atau untuk meneruskan pembelian, 
sila whatsapp pada nombor ini : 011-12887872 (Ukhti Sheila)



Buku MUTIARA KALAM keluaran MCR

harga utk sebuah - RM 10

untuk keterangan lanjut atau untuk meneruskan pembelian, 
sila whatsapp pada nombor ini, 017-3678592 (Ummu Zahra')


"Berniaga itu sunnah sekiranya mengikut cara yang ditetapkan oleh Rasulullah."

JAZAKUMULLAHUKHEIR KATHIRAN



Apakah engkau pernah berfikir ?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA A'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,


Apakah engkau pernah berfikir?

Pekerjaanmu/perniagaanmu setiap hari yang terkadang membuatmu penat sampai bosan adalah angan-angan bagi mereka yang mengganggur..

Apakah engkau pernah berfikir?

Fizik yang kau milik yang terkadang membuatmu sedih mungkin kerana warnanya yang tidak bagus atau terdapat bintik-bintik atau jerawat adalah angan bagi mereka yang wajahnya terbakar.

Apakah engkau pernah berfikir?

Keberadaan anakmu dirumah yang selalu membuatmu terganggu adalah angan-angan bagi mereka yang Allah tidak kurniakan bagi mereka anak.

Apakah engkau pernah berfikir?

Kedua orang tuamu yang terkadang banyak permintaan kepadamu sehingga membuatmu susah dan bosan, keberadaan mereka adalah harapan bagi anak yatim dan piatu.

Apakah engkau pernah berfikir?

Rumahmu yang kecil dan engkau sering merasa malu disaat ingin menjamu temanmu untuk singgah ke rumah kerana teramat kecil adalah mimpi mereka yang tinggal dijalanan.

Apakah engkau pernah berfikir?

Kehidupan yang kita semua rasakan sekarang ini adalah harapan bagi mereka yang sudah wafat agar mampu kembali hidup sehingga mereka boleh beramal soleh.


Guru besar saya, Al Habib Abdullah Baharom pernah berkata,

واقنع بقسمك لا تقع بطال
نعمته شي ظاهر وشي مخفية

ertinya : merasa cukuplah engkau dengan bagian yang telah kau dapat dari Allah dan jangan menjadi orang yang membangkang durhaka. Kerana nikmat Allah sebagian tampak terlihat dimatamu dan sebagian lagi tersembunyi.

YA ALLAH, HINA SEKALI KAMI YANG TAK TAHU DIRI DAN SELALU LUPA UNTUK BERSYUKUR PADAMU.

Sayyidil Habib Ali Zainal Abidin bin Alwi Al Kaff




Thursday, 18 December 2014

Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk berkhidmat


بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU, 




Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita untuk bernafas di bumiNya yang penuh dengan ciptaanNya yang begitu indah.

Kami, ajk Melaka Berselawat Banat sangat bersyukur kerana diberi peluang berkhidmat untuk orang-orang soleh. Alhamdulillah, tak semua orang akan terpilih untuk diberi kesempatan berkhidmat. Siapa yang suka berkhidmat, maka dia akan dikhidmat. Berkhidmatlah pada jalan kebaikan kerana Allah SWT. 

Apabila kita berkhidmat, secara tidak langsung ia mampu mentarbiyahkan hati kita, membersihkan hati kita yang kotor. Hal ini demikian kerana, apabila kita sedang bekerja dalam suatu majlis, kita tidak mampu untuk berbuat perkara yang Allah tidak suka. Kerana setiap majlis ilmu, pasti akan dihadiri oleh orang-orang yang baik, sehinggakan kita jadi malu untuk berbuat maksiat. 

Orang yang berkhidmat juga diantara orang yang Allah suka. Kerana apa? Kerana orang yang berkhidmat ini dia membantu orang lain untuk melengkapkan suasana. Masyaa allah tabarakallah. Lebih-lebih lagi bagi orang yang berkhidmat untuk ibu dan ayahnya. Dia sedang "bekerja" mencari amalan untuk dibawa bertemu dengan Allah. Kita juga perlu sama-sama bekerja untuk Allah. Sama-sama mencari 'modal' untuk dibawa ke akhirat nanti.

Kami mohon doa antum semua agar kami dapat istiqomah menuju kebaikan dengan mengikuti jalan orang-orang soleh. In syaa allah. Ketahuilah, yang sebenarnya, kami diberi peluang ini mungkin disebabkan oleh doa antum. Subhanallah.

Penulis,
UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)



Aktiviti Malaysia Cinta Rasul 4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLIM. AMMA BA'DU





Alhamdulillah, pada hari Sabtu bertarikh 18 Oktober 2014, telah diadakan MALAM CINTA RASUL anjuran MELAKA BERSELAWAT di Stadium Hang Tuah, Melaka. Majlis ini merupakan tugasan kami yang ketiga bagi Ajk Melaka Berselawat. Alhamdulillah.

Malam tersebut merupakan malam yang bermakna bagi umat islam di Negeri Melaka. Hal ini demikian kerana mereka dikelilingi oleh orang-orang soleh dalam majlis yang soleh(baik). Masyaa allah tabarakallah !! Sungguh beruntungnya orang-orang yang diberi kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu, lebih-lebih lagi jika di dalam majlis tersebut diselangi dengan selawat dan qasidah-qasidah. 

Siapa yang Allah berkehendak kepadanya akan kebaikan, maka Allah akan beri kefahaman kepadanya mengenai agama. Subhanallah. Oleh itu, ucapkanlah hamdalah pada Allah kerana diberi keizinan untuk hadir dalam majlis ilmu. Orang yang diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu tetapi tidak mahu datang menuntut ilmu adalah orang yang paling rugi di hari Akhirat. Rugi kerana apa? Rugi kerana tidak mahu mengumpul saham kebaikan. Boleh jadi sekiranya kita selalu hadir dalam majlis ilmu, malaikat takkan putus-putus mendoakan kesejahteraan buat kita. 

Para habaib datang ke negara kita, pasti Allah ada simpan asbabnya. Jadi, janganlah suka bersangka buruk terhadap mereka. Mereka datang untuk membawa kebaikan, maka hendaklah kita menerimanya dengan penuh kebaikan. Nabi SAW tidak pernah mengajar kepada umatnya untuk melayan tetamu dengan buruk. Para habaib merupakan tetamu istimewa kita. Bukan mudah untuk mereka ingin menjejaki kaki di negara kita yang agak kurang suka menuntut ilmu, lebih-lebih lagi dalam bab agama. Akan tetapi mereka tetap mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mentarbiyah akhlak kita agar mencintai ilmu. Dari mana keyakinan mereka itu datang? Daripada moyang mereka sendiri, Sayyiduna Rasulullah SAW. 

CINTAILAH MAJLIS ILMU, CINTAILAH ILMU, CINTAILAH ORANG YANG BERILMU DAN CINTAILAH ORANG YANG MENCINTAI ILMU.

Penulis,

UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)



Aktiviti Malaysia Cinta Rasul 3

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,





Alhamdulillah , pada 25 September 2014 (khamis), di Masjid Kampung Hulu Melaka, telah mengadakan Malam Cinta Rasul bagi melancarkan Majlis Melaka Berselawat. Majlis ini dianjurkan oleh Richwell dan juga Melaka Berselawat. Sungguh tidak jangka dengan kehadiran tetamu-tetamu yang hadir. Walaupun masjid itu agak kecil, tapi ramai yang mengunjungi. Alhamdulillah..

Sungguh beruntung orang Malaysia. Kerana para habaib selalu turun untuk menyampaikan dakwah. Masyaa Allah tabarakallah ! ! Mereka hadir untuk memperbaiki akhlak kita. Walaupun pada hakikatnya kita tidak mengerti percakapan daripada mereka, tetapi boleh jadi hati kita ni mudah tersentuh dengan kata-kata seorang wali. Seorang wali Allah mampu membuatkan hati si pendosa menangis hanya disebabkan kata-kata yang menusuk kalbu. Tidak perlu berasa tinggi diri kerana sudah menuntut ilmu. 

Ketahuilah, akhlak para habaib jika mereka berdakwah, mereka hanya berdakwah dengan menceritakan cinta dan kasih mereka kepada Rasulullah SAW. Tak kiralah itu sudah berulang-ulang kali atau tidak, mereka tetap tidak putus asa dlm menterjemahkan kasih mereka terhadap Rasulullah SAW dengan mengajak orang ramai untuk mencintai Rasulullah SAW. 

Perasan atau tidak, hati mereka sebak setiap kali menceritakan sirah baginda SAW. Kita, walaupun sudah berkali-kali mendengarnya, hati kita seolah-olah berasa kosong dan tidak menghayati dan tidak mengerti pengisian sirah tersebut. Para Habaib, disaat menceritakan kisah saidatina Fatimah, air mata mereka turun merentasi bumi. Mereka sangat takut pada wanita zaman sekarang. Wanita yang semakin suka menonjolkan diri pada masyarakat. Penampilan cara pemakaian sudah ramai mengikut orang barat. Tiada tersimpan rasa cinta yang benar terhadap puteri Rasulullah SAW.

Allahu..
jom kita sama2 ikut jalan para habaib yang mengikuti jalan Rasulullah SAW.
hadirkan diri dan hati dalam majlis ilmu.

Penulis,

UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)

Aktiviti Malaysia Cinta Rasul 2

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,





Alhamdulillah , pada 11 dan 12 Oktober 2014 (sabtu dan ahad), telah diadakan majlis bacaan dibaie dan houl Sultan Al Arifin Syeikh Ismail di Pulau Besar Melaka. 

Majlis diserikan lagi dengan bacaan doa , yang dikendalikan oleh ustaz Amali Dhiya'uddin. Turut yang menjadi tetamu jemputan bagi menceriakan majlis dengan mawlid dan qasidah, yaitu Sheikh Ahmad Al Yamani dan Sheikh Mahmoud Al Wasobi. Lantunan qasidah yang mengasyikkan membuatkan kami disini berasa terhibur dan semakin rindu terhadap Rasulullah SAW. Bait Qasidah mengandungi makna yang bererti. Sebagai contohnya Qasidah Kisah Rasul, yang kebiasaannya didendangkan oleh Habib Syech Asseggaf. Qasidah itu menceritakan tentang ahli keluarga nabi, para sahabat nabi , saudara-saudara nabi dan selainnya. Selain itu, sekarang ini, fenomena Qasidah YA HANANA sudah menjadi luas dalam kalangan anak-anak muda. Ya Hanana bererti Beruntungnya kami. Beruntung kerana apa?

Beruntung kerana dengan kelahiran Nabi SAW, kita dpt mengenal islam kerana dengan kemunculan Nabi SAW, kita dpt mengenal syurga dan neraka. Rasulullah SAW  merupakan guru kita yang pertama. Meskipun baginda SAW ialah seorang Ummi(yang tidak tahu membaca dan menulis), akan tetapi baginda SAW diberi kelebihan yang lebih, yang tiada pada manusia biasa. Rasulullah SAW bukanlah manusia biasa, malah Rasulullah SAW seorang manusia yang luar biasa, menjadi ketua bagi setiap umat. Pemberi syafaat kepada umatnya yang hanya tidak berpaling dari sunnahnya. Daripada mendengar lagu yang tiada manfaatnya, maka tiada salahnya untuk kita hiburkan hati dengan mendengar qasidah. Sehinggakan ada segelintir ulama' di tarim selalu bermimpi berjumpa dengan nabi SAW kerana berkat selalu membaca qasidah. Haruslah hayati dan pelajari maknanya.

Kami sebagai ajk malaysia cinta rasul, turut sama2 menghadirkan majlis walaupun banyak tugasan yang diberi, kerana tetamu yang hadir sungguh ramai, masyaa allah. Seolah-olah majlis itu turut dihadiri oleh para malaikat dan dikunjungi oleh orang-orang soleh yang terdahulu. Dimana-mana majlis ilmu, pasti akan dihadiri oleh para malaikat dan ditebarkan sayapnya bagi orang yang berada dalam majlis tersebut.

Dalam majlis ini juga, kami dapat mendengar tausiyah daripada ustaz Amali Dhiya'uddin,antara salah satu tausiyah yang diberikan oleh ustaz Amali ialah "berbaktilah kepada mak dan ayah dan jangan menderhakai mereka."  

Semoga Allah memberkati orang-orang yang hadir dalam majlis ilmu, in syaa allah..

Penulis,

UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)





Thursday, 9 October 2014

Aktiviti Malaysia Cinta Rasul

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina muhammad
wa 'ala alihi wasohbihi wasallim



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kami sekretariat Malaysia Cinta Rasul akan mengadakan satu rombongan silaturrahim ke Jakarta/Bandung, Indonesia.

Antara aktiviti rombongan ialah menghadiri majlis-majlis anjuran Nusantara Cinta Rasul dan Nur Alawiy Nusantara. Perjalanan akan mengambil masa 3Hari2Malam atau 4Hari3Malam (termasuk aktiviti jalan2 shopping di Bandung).

Berlepas pada Sabtu 8 November 2014 ,
-7.50 pagi dari Malaysia ke Jakarta (PESAWAT LION AIR)

Bertolak pulang dari Bandung ke Malaysia
-4.50 petang pada Isnin 10 November 2014 (PESAWAT AIR ASIA)
-4.50 petang pada Selasa 11 November 2014 (PESAWAT AIR ASIA)

Harga tiket buat masa sekarang adalah sekitar kurang dari RM300 pergi balik.
Harga tiket berubah mengikut tarikh dibeli jadi semakin cepat anda buat keputusan semakin murah harga tiket.

Perbelanjaan perjalanan & tempat tidur sana akan kami beritahu kemudian. Anggaran sekitar RM300 seorang.

Jika anda berminat, boleh hubungi :
Shazwan 010-2313080
Sufi Hassan 012-3436292

Al-Kisah (Teladan)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Allahumma solli wassalim 'ala sayyidina muhammad
wa 'ala alihi wasohbihi wasallim




Amr Khalid bercerita,

Ketika haji, aku bertemu dengan orang muda yang mengendong orang tua (lihat foto diatas) , kemudian aku dekati dia lalu berkata,

"Wahai hamba Allah, alangkah beruntungnya dirimu dengan berbakti kepada ayahmu ini.."

Fulan tersebut menjawab, "wahai saudaraku orang ini bukan ayahku.. andai saja diri ini masih memiliki seorang ayah."

Mudah-mudahan kita yang masih memiliki ayah mendapat taufiq sehingga mahu mengambil kesempatan berharga berbakti kepada ayah..

Dan yang sudah wafat doakan terus ayahmu.. ia merindukanmu dan hadiah darimu.


Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwi AlKaff

Monday, 6 October 2014

Didiklah Akhlak Anak-Anak..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina muhammad,
wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim..


لا إله إلا انت سبحانك إني كنت من الظالمين

Panjang video habibana umar intinya..

Setelah beliau menjelaskan aurat lelaki dan perempuan serta pakaian yang pantas untuk dipakai.. 
Lelaki semakin tertutup dan wanita semakin terbuka,  agama islam dibolak balikkan,,
ingin menjadi baik maka dari semenjak kecil harus dibiasakan baik.

((zaman sekarang, dari semenjak kecil anak anak kita sudah diajarkan untuk berpakaian yang serba terbuka sejak kecil sudah terbiasa memakai pakaian yang membuka batas batas yang diharamkan Allah.))

Itu namanya racun..

Tidak yang lain yang meracuni mereka, mereka adalah ibunya sendiri, ayahnya sendiri.

Contoh mereka para salafussoleh nabi muhammad bagaimana mendidik putrinya sayyidina Fatimah,,,

baca sejarah mereka agar tahu bagaimana cara mereka berpakaian yang benar..

Ya Allah, tanpa kita sedari, sepertinya kita sudah benar  didalam mendidik anak,, ingin melihat mereka lucu namun mata kita diracuni oleh mereka yang inginkan kesengsaraan bagi kita.

mudah-mudahan kita terbiasa untuk melihat manis, lucunya anak anak wanita muslimah disaat mereka menggunakan pakaian muslimah..

~Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwi Al Kaff~



Ahlan Wasahlan ya Syahr Dzulhijjah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad,
wa a'la alihi wa sohbihi wabaraka wasallim.



Selamat datang bulan mulia,,

awal hari dibulan dzulhijjah

hari ini termasuk 10 hari yang mulia, yang mana Allah bersumpah dengan hari ini Allah berfirman,

والفجر ، وليال عشر 


Rasulullah SAW bersabda, "ما من ايام العمل الصالح فيها احب إلى الله من هذه الأيام"

tidak ada hari yang lebih baik untuk melakukan amal soleh seperti hari-hari disepuluh hari pertama dzulhijjah..

semoga kita mendapat taufiq sehingga dipermudah untuk melakukan amal soleh di bulan mulia.

selamat menyambut bulan dzulhijjah ^_^

~HABIB ALI ZAINAL ABIDIN BIN ALWI AL KAFF~ 

Monday, 15 September 2014

Mungkin saja UJIAN itu adalah CINTA..??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina muhammad
wa'ala alihi wa sohbihi wabarik wasallim..



Bismillahirrahmnirrahim

Disaat engkau ingin berubah menjadi orang yang lebih baik...

maka perhatikan sahaja...!!!

pasti cobaan akan datang bertubi tubi.....

Musibahpun akan datang berganti ganti....

Kesedihan dan kesusahan dalam segala hal mulai akan berdatangan....

Harta lancar, disaat engkau rajin maksiat,
Namun disaat engkau berusaha menjadi baik hartamu mulai berkurang..

Orang Lain mulai membencimu, mengucilkanmu dan iri dengki kepadamu,
Tidak jarang mereka menertawakanmu dan menganggapmu sok suci, sok alim dan sebagainya...

Saudaraku....

Allah ingin hal yang terbaik bagimu..

Allah inginkan engkau menjadi pribadi yang kuat disaat engkau sudah menjadi baik,
Terbiasa sabar
Terbiasa di hina
Terbiasa susah
Dan terbiasa dengan musibah dan harta yang sedikit.

Saudaraku

ان الله إذا أحب عبدا ابتلاه

Disaat Allah mencintai seorang hamba maka Allah akan memberinya bala cobaan...

Didalam hadits lain

من يرد الله به خيرا يصب منه

Disaat allah menginginkan kebaikan bagi seorang hamba maka allah akan memberinya musibah.

Kalau kita perhatikan manthuq hadits ini maka mafhumnya akan berbunyi :

Disaat allah tidak menginginkan kebaikan bagi seorang hamba maka allah tidak akan pernah memberikan musibah kepada hamba tersebut...

Hidup selalu senang
hidup selalu tenang...
namun rasa syukur hilang dari dalam hatinya...

Saudaraku selalulah berfikir positif disaat engkau mendapat musibah.
anggap allah merindukanmu
dan ingin mendanger suaramu menangis dihadapannya,
ingin melihat engkau bersimpuh manja mengadu kepadanya di kegelapan malam...

Saudaraku
jika saja mereka yang Allah cintai tidak ada yang mendapatkan musibah sudah pasti rasulullah adalah orang yang paling nikmat hidupnya tak ada musibah sedikitpun yang dirasa...

Baca sejarah beliau...

Untuk makanpun rasulullah lebih memilih kekurangan....
.tempat tinggal memilih kekurangan...
Bahkan beliau berperang dan merasakan sakitnya luka peperangan...

Wahai hatiku belajarlah untuk menjadi pribadi yang kuat

Yang di sifatkan oleh sebagian ulama :

اذا رضي عني ربي استوى عندي المدح والذم

Disaat Allah sudah senang kepadaku maka bagiku sama sahaja mau dipuji atau dihina orang...

جمعة مباركة للاحباب
اخوكم ومحبكم علي زين العابدين بن علوي الكاف

-Kalam Sayyidi Habib Ali Zaenal Abidin Al Kaff- 

(Pembimbing MALAYSIA CINTA RASUL)

Ciptaan Allah yang LUAR BIASA !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina muhammad
wa'ala alihi wa sohbihi wabarik wasallim.




Indahnya duduk memandang alam ciptaan Allah SWT yang teramat indah di ponpes darulhabib Sukabumi, disertai suara zikir dikanan dan dikiri.

Didepan alfaqir ada tumbuh tumbuhan yg alfaqir yakin ia pun sedang berzikir kpd Allah SWT.
Didepan alfaqir juga terdapat sebuah gunung yg besar, yg menunjukkan bahawa sesungguhnya Allah Maha Besar. Dan disekeliling alfaqir ada makhluk2 Allah SWT daripada binatang.

Suasana yg indah, semua bersatu utk mengagungkan Allah SWT.

Alfaqir berfikir, akan keagungan Allah, akan kebesaran Allah SWT. Sungguh benar ketika Allah mengatakan: bahawa sesungguhnya manusia ini diciptakan dlm keadaan dhoif(lemah),

lalu apakah wajar seorang manusia utk menyombongkan dirinya dihadapan Allah SWT.

Manusia adalah hamba yg sgt lemah, manusia adalah yg tidak bisa apa-apa, manusia adalah yg tidak memiliki kekuatan.
Allah SWT lah yg Maha Kuat, Allah SWT lah yg Maha Agung, Allah lah yg Maha Luhur.

Walaupun kita menginginkan utk melakukan sesuatu hal, yg menurut kita, kita mampu, tapi kalau Allah tidak mengkehendaki, maka hal tersebut tidak akan jadi.

Alangkah hebatnya Engkau ya Allah, Alangkah kuatnya Engkau ya Allah, Alangkah indahnya kasihMu ya Allah.

Engkau yg Maha Hebat, 
Engkau yg Maha Luhur, 
Engkau yg Maha Kuat.

Terkadang aku berfikir untuk tafakur disaat menyaksikan apa yang ada disekelilingku yang membuktikan bahawa kehebatanMu tak ada habisnya.

Gunung tinggi yg luar biasa hebat, pemandangan yg luar biasa hebat,
langit yg begitu tegak.

Namun terkadang aku malu, utk memikirkan diri sendiri saja diri ini malas.

Padahal byk faedah2 , byk hikmah2 dari penciptaan Allah SWT Didalam diri sendiri ini, tidak akan ada selesai- selesai nya.

kalau aku perhatikan tanganku, 
kalau aku perhatikan kakiku, 
kalau aku perhatikan mataku, 
kalau aku perhatikan hidungku, 
Kalau aku perhatikan telingaku, 
kalau aku perhatikan jasadku, 
kalau aku perhatikan hatiku, 

kalau aku perhatikan jantungku bagaimana ia berdetak,
kalau aku perhatikan bahawa kakiku bagaimana melangkah,
kalau aku perhatikan tanganku bagaimana ketika mampu untuk mengambil sesuatu.

Semua yg Allah SWT ciptakan 
في أحسن تقويم .
Allah ciptakan sgtlah sempurna, 
sgtlah hebat, 
sgtlah luar biasa. 

Aku malu utk memperhatikan yg lain sementara

وفى أنفسكم أفلا تبصرون.

Dan didalam diriku sendiri byk hikmah2, ataupun byk ibrah2, pelajaran yg bisa aku ambil,
Membuktikan bahwa sesungguhnya Allah SWT yg Maha Agung, dan hamba ini hamba yg sgt dhoif,

hamba selalu berharap kpd Allah , agar mendapatkan taufiq , agar selalu mampu untuk mengagungkan Allah dan mengecilkan hawa nafsu ini.

Ditulis dari pesan rec :
-habib ali zaenal abidin alwi alkaff-
Untuk sahabat mcr.. 


Sunday, 14 September 2014

Dua Tapak Kaki Rasulullah Pernah Dicium Unta

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina muhammad
wa'ala alihi wa sohbihi wasallim


-gambar hiasan-


Diriwayatkan dalam sirah (kitab sejarah nabi SAW), ketika seekor unta besar yang mengamuk di Madinah Al Munawarah, tentunya jika binatang itu mengamuk maka ia akan beringas, maka mulut unta itu berbusa kerana marah dan unta itu pun dijerat di dalam suatu kandang, dilaporkan bahawa unta besar di Madinah mengamuk, maka sampailah kabar kepada Rasulullah,

maka Rasulullah berkata, "tunjukkan aku pada unta itu." 

maka para sahabat pun berkata, "wahai Rasulullah, unta itu sedang mengamuk dan beringas, nanti ia akan melukaimu."

Rasulullah bersabda lagi, "Bukakan pintunya!" 

semua haiwan dan tumbuhan dan seluruh makhluk Allah mengenal siapa Rasulullah SAW.

Ketika pintu kandang itu dibukakan, unta yang berada jauh dari pintu itu kelihatan sedang beringas, merah matanya dan berbusa mulutnya. Tetapi ketika melihat wajah nabi Muhammad SAW, ia pun tertunduk tunduk lari mencium kaki Rasulullah SAW. Unta itu melihat wajah sayyidina Muhammad SAW, wajah yang paling indah dari semua makhluk yang Allah cipta, orang yang paling ramah dan tenang, dan unta itu tahu bahawa inilah pimpinan seluruh manusia, orang yang paling dicintai Allah.

Kita bisa bayangkan seekor binatang yang sedang mengamuk, mungkin disini kita jarang melihat unta, jika kita melihat kuda atau kerbau yang mengamuk sahaja tentunya kita akan risau. Padahal unta jika berdiri tinggi lebih dua kali lebih tinggi dari kerbau. Bayangkan saja jika mengamuk maka seperti apa buasnya, dalam keadaan seperti itu ia berlari tertunduk-tunduk mendekati dan menciumi kaki Rasulullah SAW, hilanglah marahnya ketika memandang wajah sayyidina Muhammad SAW.


kalam Habib Ali Zaenal Abidin Alwi AlKaff


Belajarlah ! Ajarkanlah ! Kenalkanlah kepada Orang , siapa itu RASULULLAH.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina muhammad
wa'ala alihi wa sohbihi wasallim..





Menyuruh mereka untuk mencintai Rasulullah...

mengajak mereka utk memuji Rasulullah...

disana sini sibuk berselawat
disana sini sibuk teriakan cinta kepada Rasul

Tapi jarang sekali diantaranya yang berusaha mengenalkan profil rasul,,
menceritakan biografi sirah beliau agar dicontohi, diikuti dan dikenali..

Berdakwah mengajarkan sejarah habibana..

Memang mengumpulkan orang untuk berselawat dan cinta kepada Rasulullah itu bagus dan sangat bagus.. Namun apalah artinya jika kebaikan itu hanya sesaat..

Belajarlah sirah Rasul !
Ajarkan sirah Rasul !
Kenalkan kepada orang, siapa Rasul !

Jika sudah kenal, baru boleh ikut.. Mustahil seseorang itu boleh ikut seseorang yang tidak dia kenali. 

Lihat jangka panjang,,

Jika kita mengenal sosok peribadi Habibana, kita akan selalu mencontohinya didalam urusan akhirat bahkan duniawi sekalipun..

Tanpa mengenalnya, mungkin kita akan memujinya namun, pujian itu hanya sesaat hanya sekali sekala jika kebetulan teringat atau di majlis sahaja.

Bayangkan mereka yang mengetahui cara makan habibana, cara tidur habibana, cara berjalan,
bagaimana saat di masjid saat di rumah,,
saat bersama teman, saat bersama musuh,,
Mereka yang mengetahui hal itu, pasti akan menghadirkan Rasulullah di seluruh aktivitinya.,

Benarlah ketika seorang ulama mengatakan,


لو غاب عني رسول الله طرفة العين ما عددت نفسي من المسلمين
"disaat Rasulullah hilang dari fikiranku satu detik saja, maka aku tidak mengganggap diri ini sebagai seorang muslim."


Ohh indah sekali mereka yang menghabiskan waktunya untuk membaca, mentelaah sejarah Rasulullah bak lautan yang tak ada hujungnya , indah selalu manis walau diulang-ulang.

Bacalah , ajarkanlah, tekankanlah anak-anak , adik-adik kita untuk mengenal Rasulullah dari semasa kini sebelum dia mengenal hal yang lain....




kalam Habib Ali Zaenal Abidin Alwi Al Kaff








Tuesday, 9 September 2014

~Besarnya cinta seorang SRIKANDI kepada Sayyiduna Muhammad SAW~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina muhammad
wa'ala alihi wa sohbihi wa barik wasallim.


Hadirkan hati sebelum membacanya kemudian bandingkan antara perjuangan kita dan sahabat nabi dalam mencintai Habibana Muhammad.

-Kecintaan seorang Sahabat wanita kepada Rasulullah SAW-

Dalam salah satu perjalanan hajinya, Habib Umar bin Hafidz menyempatkan diri untuk menziarahi Gua Thur. Tempat dimana Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar bersembunyi dari kejaran kafir Quraisy selama 3 hari sebelum mereka melanjutkan perjalanan hijrah ke Madinah.

Untuk naik ke Gua Thur, orang2 harus melewati banyak anak tangga yang terletak di medan yang cukup terjal dan membutuhkan waktu lama, Habib Umar mengajak beberapa santrinya yang masih remaja untuk menemani.

Setelah sampai di atas, ternyata para santri mengeluh kepada habib, "Ya Habib,, ini perjalanan pertama dan terakhir."(ini kerana medan yang mereka lalui itu sungguh melelahkan).

Kemudian Habib Umar pun menjawab keluhan para santrinya dengan lembut, "Perkataan yang kalian katakan ini, sungguh tidak pernah dikatakan oleh Saidatina Asma' binti Abu Bakar Assiddiq. Seorang wanita yang ditugaskan oleh ayahnya untuk menghantarkan makanan kepada Rasulullah ketika petang selama 3 hari. 

Untuk mendaki, Asma harus menempuh jarak waktu selama lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Gua kerana saat itu belum ada tangga seperti sekarang. Yang lebih menakjubkan lagi, beliau melakukan pendakian tersebut dalam keadaan hamil tua. Ketika itu beliau memakai ikat pinggang yang terbuat dari kain yang diikatkan ke perutnya. 

Untuk membawa makanan ke atas, beliau membagi dua ikat pinggang tersebut, sepotong untuk tempat makanan, sepotong lagi untuk diikatkan ke perutnya. Ketika Rasulullah SAW melihat apa yang diperbuat olehnya, maka Rasulullah pun memanggilnya seraya bersabda, "Wanita yang memiliki dua ikat pinggang."

(mendengar jawapan itu, para santri menjadi malu)


~demikianlah kisah seorang wanita yang rela mengorbankan diri dan bayi yang sedang dikandungnya untuk mewujudkan rasa cintanya yg teramat sangat kepada pujaan hatinya, sayyiduna Muhammad Rasulullah SAW~





Habib Ali Zainal Abidin Alwi AlKaff


~Bicaralah Kepada Seseorang Mengikut Kesesuaian~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina muhammad 
wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim..


ودارهم ما كنت في دارهم
وارضهم ما كنت في أرضهم

Orang yang pintar akan selalu berusaha menyesuaikan keadaan dan tempat.
Ketika berbicara dengan anak kecil , maka gunakanlah cara mereka ketika berbicara.
Berbicara dengan orang alim, gunakanlah tata cara bicaranya orang alim.
Dengan pedagang harus bisa menyesuaikan bahasa dagang.
Bicara nahwu fiqh dan khilaf antara kufah basroh kepada pedagang kau akan dianggap gila.
Bicara ilmiah menggunakan bahasa intelek kepada anak kecil kau akan disebut orang yang aneh..

ini bukan adat namun anjuran Habibuna Sayyiduna Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam.

~islam itu keren~
~wasiat habibuna selalu indah~

من حسن إسلام المرأ تركه ما لا يعينه

Islam yang bagus bagi seseorang adalah ketika dia meninggalkan sesuatu yang tidak pantas dilakukannya.

Salam muhibbah,
Habib Ali Zainal Abidin Alwi AlKaff
-masjid agung jawa barat-