"sebarkan sayap dakwah menuju Allah"

MISI - "Sebarkan sayap DAKWAH menuju ALLAH"

VISI - "Menjadikan MCR sebagai satu platform bagi menyebarkan dakwah, menggapai redha Allah dan cinta Rasul, serta membentuk anak cucu yang mengenal Allah dan Rasulullah."

Thursday, 18 December 2014

Aktiviti Malaysia Cinta Rasul 4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLIM. AMMA BA'DU





Alhamdulillah, pada hari Sabtu bertarikh 18 Oktober 2014, telah diadakan MALAM CINTA RASUL anjuran MELAKA BERSELAWAT di Stadium Hang Tuah, Melaka. Majlis ini merupakan tugasan kami yang ketiga bagi Ajk Melaka Berselawat. Alhamdulillah.

Malam tersebut merupakan malam yang bermakna bagi umat islam di Negeri Melaka. Hal ini demikian kerana mereka dikelilingi oleh orang-orang soleh dalam majlis yang soleh(baik). Masyaa allah tabarakallah !! Sungguh beruntungnya orang-orang yang diberi kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu, lebih-lebih lagi jika di dalam majlis tersebut diselangi dengan selawat dan qasidah-qasidah. 

Siapa yang Allah berkehendak kepadanya akan kebaikan, maka Allah akan beri kefahaman kepadanya mengenai agama. Subhanallah. Oleh itu, ucapkanlah hamdalah pada Allah kerana diberi keizinan untuk hadir dalam majlis ilmu. Orang yang diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu tetapi tidak mahu datang menuntut ilmu adalah orang yang paling rugi di hari Akhirat. Rugi kerana apa? Rugi kerana tidak mahu mengumpul saham kebaikan. Boleh jadi sekiranya kita selalu hadir dalam majlis ilmu, malaikat takkan putus-putus mendoakan kesejahteraan buat kita. 

Para habaib datang ke negara kita, pasti Allah ada simpan asbabnya. Jadi, janganlah suka bersangka buruk terhadap mereka. Mereka datang untuk membawa kebaikan, maka hendaklah kita menerimanya dengan penuh kebaikan. Nabi SAW tidak pernah mengajar kepada umatnya untuk melayan tetamu dengan buruk. Para habaib merupakan tetamu istimewa kita. Bukan mudah untuk mereka ingin menjejaki kaki di negara kita yang agak kurang suka menuntut ilmu, lebih-lebih lagi dalam bab agama. Akan tetapi mereka tetap mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mentarbiyah akhlak kita agar mencintai ilmu. Dari mana keyakinan mereka itu datang? Daripada moyang mereka sendiri, Sayyiduna Rasulullah SAW. 

CINTAILAH MAJLIS ILMU, CINTAILAH ILMU, CINTAILAH ORANG YANG BERILMU DAN CINTAILAH ORANG YANG MENCINTAI ILMU.

Penulis,

UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)



Aktiviti Malaysia Cinta Rasul 3

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,





Alhamdulillah , pada 25 September 2014 (khamis), di Masjid Kampung Hulu Melaka, telah mengadakan Malam Cinta Rasul bagi melancarkan Majlis Melaka Berselawat. Majlis ini dianjurkan oleh Richwell dan juga Melaka Berselawat. Sungguh tidak jangka dengan kehadiran tetamu-tetamu yang hadir. Walaupun masjid itu agak kecil, tapi ramai yang mengunjungi. Alhamdulillah..

Sungguh beruntung orang Malaysia. Kerana para habaib selalu turun untuk menyampaikan dakwah. Masyaa Allah tabarakallah ! ! Mereka hadir untuk memperbaiki akhlak kita. Walaupun pada hakikatnya kita tidak mengerti percakapan daripada mereka, tetapi boleh jadi hati kita ni mudah tersentuh dengan kata-kata seorang wali. Seorang wali Allah mampu membuatkan hati si pendosa menangis hanya disebabkan kata-kata yang menusuk kalbu. Tidak perlu berasa tinggi diri kerana sudah menuntut ilmu. 

Ketahuilah, akhlak para habaib jika mereka berdakwah, mereka hanya berdakwah dengan menceritakan cinta dan kasih mereka kepada Rasulullah SAW. Tak kiralah itu sudah berulang-ulang kali atau tidak, mereka tetap tidak putus asa dlm menterjemahkan kasih mereka terhadap Rasulullah SAW dengan mengajak orang ramai untuk mencintai Rasulullah SAW. 

Perasan atau tidak, hati mereka sebak setiap kali menceritakan sirah baginda SAW. Kita, walaupun sudah berkali-kali mendengarnya, hati kita seolah-olah berasa kosong dan tidak menghayati dan tidak mengerti pengisian sirah tersebut. Para Habaib, disaat menceritakan kisah saidatina Fatimah, air mata mereka turun merentasi bumi. Mereka sangat takut pada wanita zaman sekarang. Wanita yang semakin suka menonjolkan diri pada masyarakat. Penampilan cara pemakaian sudah ramai mengikut orang barat. Tiada tersimpan rasa cinta yang benar terhadap puteri Rasulullah SAW.

Allahu..
jom kita sama2 ikut jalan para habaib yang mengikuti jalan Rasulullah SAW.
hadirkan diri dan hati dalam majlis ilmu.

Penulis,

UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)

Aktiviti Malaysia Cinta Rasul 2

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,





Alhamdulillah , pada 11 dan 12 Oktober 2014 (sabtu dan ahad), telah diadakan majlis bacaan dibaie dan houl Sultan Al Arifin Syeikh Ismail di Pulau Besar Melaka. 

Majlis diserikan lagi dengan bacaan doa , yang dikendalikan oleh ustaz Amali Dhiya'uddin. Turut yang menjadi tetamu jemputan bagi menceriakan majlis dengan mawlid dan qasidah, yaitu Sheikh Ahmad Al Yamani dan Sheikh Mahmoud Al Wasobi. Lantunan qasidah yang mengasyikkan membuatkan kami disini berasa terhibur dan semakin rindu terhadap Rasulullah SAW. Bait Qasidah mengandungi makna yang bererti. Sebagai contohnya Qasidah Kisah Rasul, yang kebiasaannya didendangkan oleh Habib Syech Asseggaf. Qasidah itu menceritakan tentang ahli keluarga nabi, para sahabat nabi , saudara-saudara nabi dan selainnya. Selain itu, sekarang ini, fenomena Qasidah YA HANANA sudah menjadi luas dalam kalangan anak-anak muda. Ya Hanana bererti Beruntungnya kami. Beruntung kerana apa?

Beruntung kerana dengan kelahiran Nabi SAW, kita dpt mengenal islam kerana dengan kemunculan Nabi SAW, kita dpt mengenal syurga dan neraka. Rasulullah SAW  merupakan guru kita yang pertama. Meskipun baginda SAW ialah seorang Ummi(yang tidak tahu membaca dan menulis), akan tetapi baginda SAW diberi kelebihan yang lebih, yang tiada pada manusia biasa. Rasulullah SAW bukanlah manusia biasa, malah Rasulullah SAW seorang manusia yang luar biasa, menjadi ketua bagi setiap umat. Pemberi syafaat kepada umatnya yang hanya tidak berpaling dari sunnahnya. Daripada mendengar lagu yang tiada manfaatnya, maka tiada salahnya untuk kita hiburkan hati dengan mendengar qasidah. Sehinggakan ada segelintir ulama' di tarim selalu bermimpi berjumpa dengan nabi SAW kerana berkat selalu membaca qasidah. Haruslah hayati dan pelajari maknanya.

Kami sebagai ajk malaysia cinta rasul, turut sama2 menghadirkan majlis walaupun banyak tugasan yang diberi, kerana tetamu yang hadir sungguh ramai, masyaa allah. Seolah-olah majlis itu turut dihadiri oleh para malaikat dan dikunjungi oleh orang-orang soleh yang terdahulu. Dimana-mana majlis ilmu, pasti akan dihadiri oleh para malaikat dan ditebarkan sayapnya bagi orang yang berada dalam majlis tersebut.

Dalam majlis ini juga, kami dapat mendengar tausiyah daripada ustaz Amali Dhiya'uddin,antara salah satu tausiyah yang diberikan oleh ustaz Amali ialah "berbaktilah kepada mak dan ayah dan jangan menderhakai mereka."  

Semoga Allah memberkati orang-orang yang hadir dalam majlis ilmu, in syaa allah..

Penulis,

UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)





Thursday, 9 October 2014

Aktiviti Malaysia Cinta Rasul

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina muhammad
wa 'ala alihi wasohbihi wasallim



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kami sekretariat Malaysia Cinta Rasul akan mengadakan satu rombongan silaturrahim ke Jakarta/Bandung, Indonesia.

Antara aktiviti rombongan ialah menghadiri majlis-majlis anjuran Nusantara Cinta Rasul dan Nur Alawiy Nusantara. Perjalanan akan mengambil masa 3Hari2Malam atau 4Hari3Malam (termasuk aktiviti jalan2 shopping di Bandung).

Berlepas pada Sabtu 8 November 2014 ,
-7.50 pagi dari Malaysia ke Jakarta (PESAWAT LION AIR)

Bertolak pulang dari Bandung ke Malaysia
-4.50 petang pada Isnin 10 November 2014 (PESAWAT AIR ASIA)
-4.50 petang pada Selasa 11 November 2014 (PESAWAT AIR ASIA)

Harga tiket buat masa sekarang adalah sekitar kurang dari RM300 pergi balik.
Harga tiket berubah mengikut tarikh dibeli jadi semakin cepat anda buat keputusan semakin murah harga tiket.

Perbelanjaan perjalanan & tempat tidur sana akan kami beritahu kemudian. Anggaran sekitar RM300 seorang.

Jika anda berminat, boleh hubungi :
Shazwan 010-2313080
Sufi Hassan 012-3436292

Al-Kisah (Teladan)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Allahumma solli wassalim 'ala sayyidina muhammad
wa 'ala alihi wasohbihi wasallim




Amr Khalid bercerita,

Ketika haji, aku bertemu dengan orang muda yang mengendong orang tua (lihat foto diatas) , kemudian aku dekati dia lalu berkata,

"Wahai hamba Allah, alangkah beruntungnya dirimu dengan berbakti kepada ayahmu ini.."

Fulan tersebut menjawab, "wahai saudaraku orang ini bukan ayahku.. andai saja diri ini masih memiliki seorang ayah."

Mudah-mudahan kita yang masih memiliki ayah mendapat taufiq sehingga mahu mengambil kesempatan berharga berbakti kepada ayah..

Dan yang sudah wafat doakan terus ayahmu.. ia merindukanmu dan hadiah darimu.


Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwi AlKaff

Monday, 6 October 2014

Didiklah Akhlak Anak-Anak..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina muhammad,
wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim..


لا إله إلا انت سبحانك إني كنت من الظالمين

Panjang video habibana umar intinya..

Setelah beliau menjelaskan aurat lelaki dan perempuan serta pakaian yang pantas untuk dipakai.. 
Lelaki semakin tertutup dan wanita semakin terbuka,  agama islam dibolak balikkan,,
ingin menjadi baik maka dari semenjak kecil harus dibiasakan baik.

((zaman sekarang, dari semenjak kecil anak anak kita sudah diajarkan untuk berpakaian yang serba terbuka sejak kecil sudah terbiasa memakai pakaian yang membuka batas batas yang diharamkan Allah.))

Itu namanya racun..

Tidak yang lain yang meracuni mereka, mereka adalah ibunya sendiri, ayahnya sendiri.

Contoh mereka para salafussoleh nabi muhammad bagaimana mendidik putrinya sayyidina Fatimah,,,

baca sejarah mereka agar tahu bagaimana cara mereka berpakaian yang benar..

Ya Allah, tanpa kita sedari, sepertinya kita sudah benar  didalam mendidik anak,, ingin melihat mereka lucu namun mata kita diracuni oleh mereka yang inginkan kesengsaraan bagi kita.

mudah-mudahan kita terbiasa untuk melihat manis, lucunya anak anak wanita muslimah disaat mereka menggunakan pakaian muslimah..

~Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwi Al Kaff~



Ahlan Wasahlan ya Syahr Dzulhijjah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad,
wa a'la alihi wa sohbihi wabaraka wasallim.



Selamat datang bulan mulia,,

awal hari dibulan dzulhijjah

hari ini termasuk 10 hari yang mulia, yang mana Allah bersumpah dengan hari ini Allah berfirman,

والفجر ، وليال عشر 


Rasulullah SAW bersabda, "ما من ايام العمل الصالح فيها احب إلى الله من هذه الأيام"

tidak ada hari yang lebih baik untuk melakukan amal soleh seperti hari-hari disepuluh hari pertama dzulhijjah..

semoga kita mendapat taufiq sehingga dipermudah untuk melakukan amal soleh di bulan mulia.

selamat menyambut bulan dzulhijjah ^_^

~HABIB ALI ZAINAL ABIDIN BIN ALWI AL KAFF~