"sebarkan sayap dakwah menuju Allah"

MISI - "Sebarkan sayap DAKWAH menuju ALLAH"

VISI - "Menjadikan MCR sebagai satu platform bagi menyebarkan dakwah, menggapai redha Allah dan cinta Rasul, serta membentuk anak cucu yang mengenal Allah dan Rasulullah."

Wednesday, 21 January 2015

Kuliah Bulanan di Pondok Baitul Qurro' - Tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwi Al Kaff

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina Muhammad , wa 'ala alihi wa sohbihi wa baraka wasallam. Amma Ba'du,



Alhamdulillah, kita berkumpul bersama-sama, berkat Allah S.W.T. yang menginginkan kepada kita kebaikan. Allah menjadikan beberapa daripada makhluk Allah S.W.T , Allah khususkan kepada mereka untuk menempati syurgaNya Allah S.W.T. Bagi mereka, Allah S.W.T. mudahkan jalan kepada mereka untuk ke syurga. Akan tetapi, ada sebahagian dari mereka,  Allah S.W.T. inginkan mereka jauh menuju syurga. Ada sebahagian manusia lagi, Allah mendekatkan mereka bagaimana cara untuk menuju syurga dan kita termasuk orang-orang yang in syaa Allah Allah jadikan orang-orang yg mampu melihat pandangan mati hati kita bagaimana cara untuk menuju ke jalan syurga Allah S.W.T. 

، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم 

''من يريد الله به خيرا, يفقهه في الدين''

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa Allah menginginkan kepadanya akan kebaikan, Allah akan permudahkan jalannya untuk menuntut ilmu (agama).''


kata ulama, '' Jika Allah S.W.T. tidak inginkan kebaikan baginya, maka Allah S.W.T. akan sulitkan untuk dia menuntut ilmu agama.''

Allah S.W.T memuliakan kita untuk menjadi toolibul ilmi yakni penuntut ilmu agama. Penuntut ilmu agama adalah darjat yg syaraf, yg sgt mulia, yg agung, yg sgt hebat. Itu ilmu agama secara umumnya. Terlebih ilmu agama yg dipelajari disini ialah ilmu tauhid dan ilmu fiqh. 

kenapa perlu mempelajari ilmu tauhid dan feqah? 

ilmu tauhid - bagaimana cara engkau mengenal Allah S.W.T. 
ilmu feqah - (syariah islamiah) bagaimana cara kita menyembah Allah S.W.T.

kalau tadi kita sudah belajar  mengenal Allah S.W.T., tetapi sekarang kita sudah tahu bagaimana cara untuk kita menyembah Allah S.W.T. Ini adalah perintah daripada Rasulullah S.A.W.

didalam hadis yg terkenal, dari hadis Jibril. Malaikat Jibril dtg kepada Rasulullah S.A.W. Apa yang diperintahkan oleh Allah? Jawab Malaikat Jibril, Ada tiga hal, yaitu yg pertama ialah iman, yg kedua ialah islam, yg ketiga ihsan. Kita sudah mengetahui hadis ini. Kemudian dijawab oleh Rasulullah S.A.W, 

Iman - tauhid
Islam - fiqh
Ihsan - tauhid + fiqh 

Ada dua maqam

1- Maqam ma'iya - orang yang selalu sahaja bersama dengan Allah. Maqamnya tinggi disisi Allah S.W.T.

2- Maqam muroqabah - orang yang selalu merasa Allah S.W.T melihat dia. Dia sedang berlaku taat kerana dia yakin Allah S.W.T sentiasa melihatnya, dia mencegah kemungkaran kerana dia yakin Allah S,W,T sentiasa melihatnya. 

Dua hal ini tidak akan dapat sekiranya tiada mendapat ilmu iman dan ilmu islam. Jika dua hal ini telah Allah berikan, maka sekarang Allah ingin bukti dari kita semua, ''Apakah ada juhud yakni ijtihad ,usaha dlm diri saya sendiri sehingga saya bisa menjadi orang yang hebat sehingga menjadi qurratu 'ain Rasulullah S.A.W. 

Setiap kebaikan yang kita lakukan, Rasulullah S.A.W akan memuji kepada Allah S.W.T. Jika umatnya melakukan maksiat, Baginda S.A.W. akan memohon istighfar untuk hamba-Nya.

Seorang syeikh bermimpikan Rasulullah S.A.W. yg mana keadaan Rasulullah S.A.W. pada ketika itu sedang berjalan dengan cepat sekali. Dia bertanya kenapa berjalan cepat seperti itu, lantas dijawab Baginda S.A.W, ''Aku mahu hadir dalam majlis ilmu.''

Orang yang menuntut ilmu tidak akan mati kelaparan. Jika seseorang itu berniat untuk hadir dalam majlis ilmu, Allah pasti akan membantu.

Sesungguhnya ketika ingin berjaya dalam menuntut ilmu, ada 4 hal yang perlu kita ikuti,

1- niat yang baik
2- juhdun [bersungguh-sungguh]
3- as-sobur [bersabar]
4- husnu zhon kpd guru.

=NIAT YANG BAIK=

-Tidak sah ibadah seseorang kecuali bersama niat. Apakah kehebatan niat itu. Jika seseorang itu berniat, dia akan fokus kpd niat. Siapa yang niat untuk berbuat kebaikan, dia tetap diberi pahala walaupun belum dilakukan. Berjaga-jaga dalam berniat.

Habib Ahmad bin Hassan Al -Attas, beliau pernah ziarah seorang ulama' di kota Tarim bersama anak muridnya. Ketika mahu masuk ke tempat ziarah tersebut, beliau berkata kepada murid-muridnya, ''Jangan ada satu diantara kamupun yang berniat.'' Biasanya kita dapat perintah untuk memperbanyakkan niat, kali ini Habib Ahmad bin Hassan Al Attas mengatakan, ''Jangan ada yang berniat sama sekali.''Kami berniat sebagaimana apa yang diniatkan oleh Al Habib Ahmad bin Hassan Al Attas.'' Kenapa?  Kerana Allah buka pintu taufiq kepadanya untuk banyak berniat.

=JUHDUN [bersungguh-sungguh]

-Juga jika seseorang itu mempunyai sifat juhdun, maka dia akan semangat dalam menuntut ilmu. Imam Ahmad bin Hanbal masih tetap mahu menuntut ilmu walaupun sudah dalam keadaan uzur.

=AS-SOBUR [bersabar]

-Sabar dalam ketaatan
-Sabar dalam meninggalkan maksiat
-Sabar dalam menuntut ilmu

=HUSNU ZHON KPD GURU

-Habib Ali Al Habsyie bercerita, ''Ada seorang hamba Allah yang ingin menjadi seorang yang baik dan dia ingin belajar seorang agama. Akhirnya dia cari seorang guru, tapi belum ditemui. Sampai suatu saat, dikatakan bahawa sesungguhnya, ''Ada seorang guru yang taat pada agama dan dia seorang waliyullah dan engkau belajar dengan dia saja.'' Lalu dia pun bertemu dengan guru itu. ''Wahai guru, aku ingin belajar dengan engkau. Saya ingin berkhidmat untuk guru.'' Lantas guru itu berkata, ''Baiklah, berkhidmat untukku.'' Lalu dijawab lelaki itu, ''Baiklah, apapun yang engkau perintahkan, akanku lakukan.'' Gurunya berkata, ''Kalau begitu, kamu pergi ke kampung sebelah, di situ ada tanahku, kamu pergi uruskannya. Uruskan kebun dan bekerja disitu. Jangan belajar dulu, kau bekerja je jangan belajar.'' Maka lelaki itu hanya mengiyakan saja.

Tetapi sebenarnya, ternyata gurunya itu seorang ahli maksiat. Malah, yang anehnya pakaiannya serba ulama' ,tetapi dia ahli maksiat kepada Allah S.W.T. Di pagi hari, dia mengajar, dia berpura-pura menjadi baik, di malam hari, dia sewa satu rumah, dan disitu terdapat perempuan-perempuan nakal , dan disitu ada minuman keras. Sampaikan pada suatu hari, lelaki itu mahu mencari gurunya. Dia diberitahu bahawa gurunya berada di sebuah rumah. Dia tidak tahu dirumah itu penuh maksiat.

Dia memberi salam, ''Assalamualaikum.'' Di rumah itu hanyalah orang yang membuat maksiat dan tidak sama sekali berbuat ketaatan. Orang yang berada di situ berkata, ''Siapa diluar?'' Jawab lelaki itu, ''Abdul Majid''. Lalu orang itu berkata, "Sebentar, saya panggil bos saya."

"Bos ada orang namanya Abdul Majid." Lalu bos dia menjawab, "Ok silakan dia masuk." Kenapa? kerana ada juga temannya yang bernama Abdul Majid juga, yang sama-sama tukang maksiat. Dia masuk saja, terus ternampak wanita-wanita nakal , minuman-minuman keras. Dia menutup matanya, lalu pergi ke arah gurunya sambil berkata, ''Wahai guruku, ku ingin belajar denganmu.''

Akhirnya dia diberi ilmu ladunni oleh Allah kerana dia selalu taat kepada Allah. Dia diberi ilmu ladunni kerana dia kuat berhusnu zhon kepada gurunya.

Ada dua hal yang hebat,

-Husnu zhon kepada Allah
-Husnu zhon kepada hamba Allah

Menuntut ilmu mesti mempunyai sifat tawaduk.










Sunday, 21 December 2014

~Kalam Mutiara~

بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,



Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT atas nikmat iman dan islam. Dengan rasa rendah hati, in syaa allah jika Allah izinkan, admin ingin mempromote barang jualan dari Malaysia Cinta Rasul. 


bookmarks MCR.

RM 3 untuk 1 bookmarks

utk keterangan lebih lanjut atau untuk meneruskan pembelian, 
sila whatsapp pada nombor ini : 011-12887872 (Ukhti Sheila)



Buku MUTIARA KALAM keluaran MCR

harga utk sebuah - RM 10

untuk keterangan lanjut atau untuk meneruskan pembelian, 
sila whatsapp pada nombor ini, 017-3678592 (Ummu Zahra')


"Berniaga itu sunnah sekiranya mengikut cara yang ditetapkan oleh Rasulullah."

JAZAKUMULLAHUKHEIR KATHIRAN



Apakah engkau pernah berfikir ?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA A'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,


Apakah engkau pernah berfikir?

Pekerjaanmu/perniagaanmu setiap hari yang terkadang membuatmu penat sampai bosan adalah angan-angan bagi mereka yang mengganggur..

Apakah engkau pernah berfikir?

Fizik yang kau milik yang terkadang membuatmu sedih mungkin kerana warnanya yang tidak bagus atau terdapat bintik-bintik atau jerawat adalah angan bagi mereka yang wajahnya terbakar.

Apakah engkau pernah berfikir?

Keberadaan anakmu dirumah yang selalu membuatmu terganggu adalah angan-angan bagi mereka yang Allah tidak kurniakan bagi mereka anak.

Apakah engkau pernah berfikir?

Kedua orang tuamu yang terkadang banyak permintaan kepadamu sehingga membuatmu susah dan bosan, keberadaan mereka adalah harapan bagi anak yatim dan piatu.

Apakah engkau pernah berfikir?

Rumahmu yang kecil dan engkau sering merasa malu disaat ingin menjamu temanmu untuk singgah ke rumah kerana teramat kecil adalah mimpi mereka yang tinggal dijalanan.

Apakah engkau pernah berfikir?

Kehidupan yang kita semua rasakan sekarang ini adalah harapan bagi mereka yang sudah wafat agar mampu kembali hidup sehingga mereka boleh beramal soleh.


Guru besar saya, Al Habib Abdullah Baharom pernah berkata,

واقنع بقسمك لا تقع بطال
نعمته شي ظاهر وشي مخفية

ertinya : merasa cukuplah engkau dengan bagian yang telah kau dapat dari Allah dan jangan menjadi orang yang membangkang durhaka. Kerana nikmat Allah sebagian tampak terlihat dimatamu dan sebagian lagi tersembunyi.

YA ALLAH, HINA SEKALI KAMI YANG TAK TAHU DIRI DAN SELALU LUPA UNTUK BERSYUKUR PADAMU.

Sayyidil Habib Ali Zainal Abidin bin Alwi Al Kaff




Thursday, 18 December 2014

Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk berkhidmat


بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU, 




Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita untuk bernafas di bumiNya yang penuh dengan ciptaanNya yang begitu indah.

Kami, ajk Melaka Berselawat Banat sangat bersyukur kerana diberi peluang berkhidmat untuk orang-orang soleh. Alhamdulillah, tak semua orang akan terpilih untuk diberi kesempatan berkhidmat. Siapa yang suka berkhidmat, maka dia akan dikhidmat. Berkhidmatlah pada jalan kebaikan kerana Allah SWT. 

Apabila kita berkhidmat, secara tidak langsung ia mampu mentarbiyahkan hati kita, membersihkan hati kita yang kotor. Hal ini demikian kerana, apabila kita sedang bekerja dalam suatu majlis, kita tidak mampu untuk berbuat perkara yang Allah tidak suka. Kerana setiap majlis ilmu, pasti akan dihadiri oleh orang-orang yang baik, sehinggakan kita jadi malu untuk berbuat maksiat. 

Orang yang berkhidmat juga diantara orang yang Allah suka. Kerana apa? Kerana orang yang berkhidmat ini dia membantu orang lain untuk melengkapkan suasana. Masyaa allah tabarakallah. Lebih-lebih lagi bagi orang yang berkhidmat untuk ibu dan ayahnya. Dia sedang "bekerja" mencari amalan untuk dibawa bertemu dengan Allah. Kita juga perlu sama-sama bekerja untuk Allah. Sama-sama mencari 'modal' untuk dibawa ke akhirat nanti.

Kami mohon doa antum semua agar kami dapat istiqomah menuju kebaikan dengan mengikuti jalan orang-orang soleh. In syaa allah. Ketahuilah, yang sebenarnya, kami diberi peluang ini mungkin disebabkan oleh doa antum. Subhanallah.

Penulis,
UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)



Aktiviti Malaysia Cinta Rasul 4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLIM. AMMA BA'DU





Alhamdulillah, pada hari Sabtu bertarikh 18 Oktober 2014, telah diadakan MALAM CINTA RASUL anjuran MELAKA BERSELAWAT di Stadium Hang Tuah, Melaka. Majlis ini merupakan tugasan kami yang ketiga bagi Ajk Melaka Berselawat. Alhamdulillah.

Malam tersebut merupakan malam yang bermakna bagi umat islam di Negeri Melaka. Hal ini demikian kerana mereka dikelilingi oleh orang-orang soleh dalam majlis yang soleh(baik). Masyaa allah tabarakallah !! Sungguh beruntungnya orang-orang yang diberi kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu, lebih-lebih lagi jika di dalam majlis tersebut diselangi dengan selawat dan qasidah-qasidah. 

Siapa yang Allah berkehendak kepadanya akan kebaikan, maka Allah akan beri kefahaman kepadanya mengenai agama. Subhanallah. Oleh itu, ucapkanlah hamdalah pada Allah kerana diberi keizinan untuk hadir dalam majlis ilmu. Orang yang diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu tetapi tidak mahu datang menuntut ilmu adalah orang yang paling rugi di hari Akhirat. Rugi kerana apa? Rugi kerana tidak mahu mengumpul saham kebaikan. Boleh jadi sekiranya kita selalu hadir dalam majlis ilmu, malaikat takkan putus-putus mendoakan kesejahteraan buat kita. 

Para habaib datang ke negara kita, pasti Allah ada simpan asbabnya. Jadi, janganlah suka bersangka buruk terhadap mereka. Mereka datang untuk membawa kebaikan, maka hendaklah kita menerimanya dengan penuh kebaikan. Nabi SAW tidak pernah mengajar kepada umatnya untuk melayan tetamu dengan buruk. Para habaib merupakan tetamu istimewa kita. Bukan mudah untuk mereka ingin menjejaki kaki di negara kita yang agak kurang suka menuntut ilmu, lebih-lebih lagi dalam bab agama. Akan tetapi mereka tetap mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mentarbiyah akhlak kita agar mencintai ilmu. Dari mana keyakinan mereka itu datang? Daripada moyang mereka sendiri, Sayyiduna Rasulullah SAW. 

CINTAILAH MAJLIS ILMU, CINTAILAH ILMU, CINTAILAH ORANG YANG BERILMU DAN CINTAILAH ORANG YANG MENCINTAI ILMU.

Penulis,

UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)



Aktiviti Malaysia Cinta Rasul 3

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,





Alhamdulillah , pada 25 September 2014 (khamis), di Masjid Kampung Hulu Melaka, telah mengadakan Malam Cinta Rasul bagi melancarkan Majlis Melaka Berselawat. Majlis ini dianjurkan oleh Richwell dan juga Melaka Berselawat. Sungguh tidak jangka dengan kehadiran tetamu-tetamu yang hadir. Walaupun masjid itu agak kecil, tapi ramai yang mengunjungi. Alhamdulillah..

Sungguh beruntung orang Malaysia. Kerana para habaib selalu turun untuk menyampaikan dakwah. Masyaa Allah tabarakallah ! ! Mereka hadir untuk memperbaiki akhlak kita. Walaupun pada hakikatnya kita tidak mengerti percakapan daripada mereka, tetapi boleh jadi hati kita ni mudah tersentuh dengan kata-kata seorang wali. Seorang wali Allah mampu membuatkan hati si pendosa menangis hanya disebabkan kata-kata yang menusuk kalbu. Tidak perlu berasa tinggi diri kerana sudah menuntut ilmu. 

Ketahuilah, akhlak para habaib jika mereka berdakwah, mereka hanya berdakwah dengan menceritakan cinta dan kasih mereka kepada Rasulullah SAW. Tak kiralah itu sudah berulang-ulang kali atau tidak, mereka tetap tidak putus asa dlm menterjemahkan kasih mereka terhadap Rasulullah SAW dengan mengajak orang ramai untuk mencintai Rasulullah SAW. 

Perasan atau tidak, hati mereka sebak setiap kali menceritakan sirah baginda SAW. Kita, walaupun sudah berkali-kali mendengarnya, hati kita seolah-olah berasa kosong dan tidak menghayati dan tidak mengerti pengisian sirah tersebut. Para Habaib, disaat menceritakan kisah saidatina Fatimah, air mata mereka turun merentasi bumi. Mereka sangat takut pada wanita zaman sekarang. Wanita yang semakin suka menonjolkan diri pada masyarakat. Penampilan cara pemakaian sudah ramai mengikut orang barat. Tiada tersimpan rasa cinta yang benar terhadap puteri Rasulullah SAW.

Allahu..
jom kita sama2 ikut jalan para habaib yang mengikuti jalan Rasulullah SAW.
hadirkan diri dan hati dalam majlis ilmu.

Penulis,

UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)

Aktiviti Malaysia Cinta Rasul 2

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA BARAKA WASALLAM. AMMA BA'DU,





Alhamdulillah , pada 11 dan 12 Oktober 2014 (sabtu dan ahad), telah diadakan majlis bacaan dibaie dan houl Sultan Al Arifin Syeikh Ismail di Pulau Besar Melaka. 

Majlis diserikan lagi dengan bacaan doa , yang dikendalikan oleh ustaz Amali Dhiya'uddin. Turut yang menjadi tetamu jemputan bagi menceriakan majlis dengan mawlid dan qasidah, yaitu Sheikh Ahmad Al Yamani dan Sheikh Mahmoud Al Wasobi. Lantunan qasidah yang mengasyikkan membuatkan kami disini berasa terhibur dan semakin rindu terhadap Rasulullah SAW. Bait Qasidah mengandungi makna yang bererti. Sebagai contohnya Qasidah Kisah Rasul, yang kebiasaannya didendangkan oleh Habib Syech Asseggaf. Qasidah itu menceritakan tentang ahli keluarga nabi, para sahabat nabi , saudara-saudara nabi dan selainnya. Selain itu, sekarang ini, fenomena Qasidah YA HANANA sudah menjadi luas dalam kalangan anak-anak muda. Ya Hanana bererti Beruntungnya kami. Beruntung kerana apa?

Beruntung kerana dengan kelahiran Nabi SAW, kita dpt mengenal islam kerana dengan kemunculan Nabi SAW, kita dpt mengenal syurga dan neraka. Rasulullah SAW  merupakan guru kita yang pertama. Meskipun baginda SAW ialah seorang Ummi(yang tidak tahu membaca dan menulis), akan tetapi baginda SAW diberi kelebihan yang lebih, yang tiada pada manusia biasa. Rasulullah SAW bukanlah manusia biasa, malah Rasulullah SAW seorang manusia yang luar biasa, menjadi ketua bagi setiap umat. Pemberi syafaat kepada umatnya yang hanya tidak berpaling dari sunnahnya. Daripada mendengar lagu yang tiada manfaatnya, maka tiada salahnya untuk kita hiburkan hati dengan mendengar qasidah. Sehinggakan ada segelintir ulama' di tarim selalu bermimpi berjumpa dengan nabi SAW kerana berkat selalu membaca qasidah. Haruslah hayati dan pelajari maknanya.

Kami sebagai ajk malaysia cinta rasul, turut sama2 menghadirkan majlis walaupun banyak tugasan yang diberi, kerana tetamu yang hadir sungguh ramai, masyaa allah. Seolah-olah majlis itu turut dihadiri oleh para malaikat dan dikunjungi oleh orang-orang soleh yang terdahulu. Dimana-mana majlis ilmu, pasti akan dihadiri oleh para malaikat dan ditebarkan sayapnya bagi orang yang berada dalam majlis tersebut.

Dalam majlis ini juga, kami dapat mendengar tausiyah daripada ustaz Amali Dhiya'uddin,antara salah satu tausiyah yang diberikan oleh ustaz Amali ialah "berbaktilah kepada mak dan ayah dan jangan menderhakai mereka."  

Semoga Allah memberkati orang-orang yang hadir dalam majlis ilmu, in syaa allah..

Penulis,

UMMU JA'FAR
(AJK Melaka Berselawat)